Assalamualaikum wbt
SELAIN dari menghantar kawan Iman ke Larkin Sentral tengahari semalam untuk pulang ke Jengka, di sebelah malam, dua orang lagi kawan Iman akan pulang ke Shah Alam. Ketiga-tiganya kali pertama datang ke Johor, caj tambang grab boleh tahan mahalnya. Faham-fahamlah, dah banyak berhabis persiapan memasuki U. Pak Inche kata, pergilah tolong hantarkan. Isk, kalau Pak Inche tak suruh pun, Sk hantarkan.
Jadi, macam tak sempat jer kalau nak ke Senai lepas balik kerja, semalam. Cik Ani mesej, tanya, datang Senai tak, ajak makan Ubi Rebus dengan Sambal Banjar. Menarik bunyiknya, Sk kata, buatlah Jumaat. Rupanya, Jumaat (hari ni), Cik Ani nak balik Ganu. Macam tu, Sk ke Senai jugaklah semalam petang. Nanti ambil kawan Iman dari Senai saja la gitu.
X acinyaaaa..umah mak cella ada ubi rebus..sini pun ada..korang pakat2 makan ubi rebus ke apa ni..kita dh la x boleh makan ubi...jeles!!!
ReplyDeletesedapnya makan ubi cicah sambal. Sambal banjar tu pertama kali VM tengok hehehe
ReplyDeleteSedapnya ubi rebus cicah sambal. Okay balik kampung nak cari ubi jugaklah. Leceh jugak tu nak menghiris cili nipis nipis. Hihi..setiap minggu melempeng pulak kan...Sambal tumis makan dengan bihun pun sodap!
ReplyDeletenampak dah berjangkit ubi rebus dari KL ke Tanah Jauhar hehe
ReplyDeletesedapnya ubi rebus.. dengan sambal ketuk pun jalan..sebab malas nak menumis
ReplyDeleteSambal banjar tu gaul dgn nasi panas-panas sedap tu SK ...bukan takat bocor periuk ni, kena beli beras stand by siap-siap kot 😂
ReplyDeleteSaya setuju dengan PH...sambal banjar gaul nasi panas🤭
ReplyDeleteMusim lempeng dah beralih ke musim ubi kayu pulak yer🤣