SEPAHTU REUNION LIVE TOUR 2022

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

Kumpulan SEPAHTU yang dianggotai Jep, Rahim, Pak Ya bersama Ebby Yus bakal menjelajah tiga buah negeri untuk Sepahtu Reunion Live TOUR yang akan berlangsung bermula 14 Oktober ini. Tirai akan dibuka buat pertama kali di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Jumaat depan yang pastinya ditunggu-tunggu oleh warga Tanah Jauhar.


Kalau selalunya cuma menonton di layar kaca, kali ini boleh melihat aksi pelawak terkenal tanahair ini di depan mata. Sk sendiri pernah menemubual Pak Ya lebih 20 tahun lepas semasa beliau menganggotai kumpulan Senario manakala Jep merupakan kenalan dan kawan sepermainan bola sepak Pak Inche semasa Jep bekerja di sebuah syarikat percetakan.


Masih mengekalkan konsep asal yang berbentuk sitkom komedi, penjelajahan atau tour ini diadakan buat pertama kali untuk mengenali dan mendekati para peminat setia rancangan yang sudah hampir sedekad ditayangkan di Astro Warna.


Sebanyak enam persembahan yang akan diadakan di tiga buah negeri iaitu Johor, Terengganu dan Kedah. Lokasi pertama di Pasir Gudang, Johor pada 14 dan 21 Oktober. Seterusnya di Gong Badak, Terengganu pada 28 Oktober dan 4 November dan akan berakhir di Alor Setar, Kedah pada 11 dan 18 November.

Sepahtu Reunion Live TOUR ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di setiap negeri yang terlibat. Para peminat di setiap negeri yang ingin menonton SEPAHTU secara LIVE boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dengan harga RM50 (Zone 1), RM40 (Zone 2), RM30 (Zone 3) dan RM20 (UPPER Tier).

Persembahan mereka juga akan dipaparkan secara langsung di Astro Warna (saluran 107) pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah- wah...diorang ni tetap konsisten kan...semoga persembahan mereka mendapat sambutan yang hebat...

    ReplyDelete
  2. Saya membesar zaman " Santan Berlada"...
    Muda belia zaman " Senario"...Anak-anak membesar zaman "Sepahtu"

    ReplyDelete
  3. Ohh patutlah Pak Inche kipas susah nak mati Sepahtu. Ada hal rupanya. hehe... Selamat menonton Sepahtu Reunion live orang JB.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!