Assalamualaikum wbt
BERAS tinggal sikit semalam, jadi ada alasan tak masak untuk makan malam. Sebenarnya serba salah bab beli beras ni. Beli pek 5 kilo cepat habis, beli pek 10 kilo, tak habis-habis. Dulu, ada juga simpan stok beras tapi kadang berkutu. Peliknya beras kat pasaraya tu bertimbun-timbun nampak elok tak berkutu. Jadi, agak-agak beras nak habis, barulah beli.
Pak Inche ajak beli beras di Aeon Taman U. Haiii.. kalau ke sana, bukan saja beras masuk troli, kan. Bajet nak beli beras doploh ringgit, karang jadi dua ratuih. Tu takpa, Pak Inche kata, nak makan nasi sebab siangnya cuma makan nasi goreng sajo. Kalau dah ke Aeon, mana nak jumpa nasinya. Sk ajak ke kedai runcit aje, lepas beli beras, kami singgah makan di Uptown Bandar Baru Kangkar Pulai.
Dah lama tak ke sini, dah ada Gerai Asam Pedas. Patut ambil gambar fokus pada asam pedas, tapi kenapa tah, fokus kat nasi. Apa daaa... Kami pesan set Asam Pedas Tetel (RM10) dan tambah sepinggan nasi (RM2) serta telur dadar (RM2). Nasi tu alat-alat aje, tak ada sayur, timun atau telur masin macam di
Asam Pedas Hajjah Mona atau
Asam Pedas Claypot. Okeylah tu, kan.. karang tak pasal-pasal jadi RM15 pulak satu set, hahaha.
Sedaplah rasa asam pedasnya dan ada beza dengan rasa Asam Pedas Melaka. Mungkin kerana dimasukkan daun kesom berbanding masuk daun limau purut serta tidak ada rasa belacan yang kuat. Daun kesom tu, masih segar lagi, ditabur jer dalam asam pedas. Tetelnya banyak dan taklah lemak semata serta empuk, bukan hancur. Ngam untuk dua orang semangkuk tu, kalau rasa nak makan dengan lempeng, ada gerai lain yang menjual lempeng.
Meja kami pulak, betul-betul depan Busking yang menjadi tarikan di uptown BBKP ni. Anggotanya dah remaja purba ya, mungkin sebaya dengan kami. Instrumennya juga lengkap bukan guna minus one atau karaoke. Masa ni, dorang tengah nyanyi lagu Ella.
Ada dua penyanyi, seorang wanita dan seorang lelaki. Layan jugaklah lagu yang dimainkan dari era 90-an hingga 70-an. Lepas makan nasi lauk asam pedas, Pak Inche pergi beli Rojak Petis pulak. Pinggannya kecik aje, saiz 6" kot, harganya RM6. Terkejut tak? Pitammm.
Set Asam Pedas Tetel RM10
Nasi sepinggan RM2
Telur Dadar sebiji RM2
Jus Tembikai cup tinggi RM4
Teh O Panas gelas besar RM2
Rojak Petis RM6
Rumah kita beras 5kg jer kak sekali belanja, malas beli soploh kilo, kang tak habis, kutu yang untung hahahaha..
ReplyDeleteSaya suka asam pedas yang guna daun kesom. Sedapnyeeee.
ReplyDeleteSalam kenal SK..sy peminat setia sariyusa di Tanah Jauhar ;) dh lama silent reader tapi baru belajar nk bertegur sapa..
ReplyDeleteDah tinggal berdua ni lagi kurang la KG berasnya SK..
Takpelah SK, nasi tu pelakon utama hihi ... Teringin nak try lempeng cicah asam pedas.
ReplyDeleteFuuuu... ada rojak petis tuuu!
ReplyDeletemcm sedap lah gitu Asam pedas tetel. rasa2 ada tetel dlm peti tu. boleh kita cuba nnt.
ReplyDeleteRumah SA ni beras 10kg, beras wangi pas tu 5kg beras basmati..masak campur atau masak beras basmati je..10 kg tahan la 2 bulan....nanti tinggal bertiga sudahnya beli 5kg beras je la...
ReplyDelete