Assalamualaikum wbt
JUMAAT lepas, teringat nak panggang salmon sahaja untuk makan tengahari. Salmon tu tinggal lagi sekeping, beli lama dah, hahahaha. Jadi, Sk rendam bagi lembut dan cuma perap dengan serbuk lada hitam aji shio yang dalam botol tu, simpan semula dalam peti sejuk. Dah nak makan baru panggang atas kuali jer. Disebabkan dua kali dah makan Lempeng dengan Sambal Tumis, macam kenyang, dah pukul 2 tu, ingatkan nak masak tapi terfikir takut sakit perut sebab salmon dah berbulan-bulan. Dahlah malam tu nak pergi Stadium Tertutup Pasir Gudang nak tengok Sepahtu Reunion Live Tour, kan.
Jadi, Ahad tuari, kan siangnya dah makan nasi dengan lauk Asam Pedas Ayam Lada Hitam, malam tu, malas nak keluar. Sk cadangkan masak nasi goreng jer, lepas tu teringat Nasi Beryani MS tu ada lagi sepinggan kot. Tanya Pak Inche kalau dia nak makan nasi beryani tu, Pak Inche kata okey. Jadi, untuk Sk, panggang salmon yang dah perap tu aje la. Nak buang sayang, RM17 tu seketul, harap tak sakit perut. Nanti kerana RM17, pergi klinik kena RM70, hahaha.
Sk panaskan mentega atas kuali leper, kemudian panggang terus salmon ni di kedua-dua belah bahagian sehingga garing sedikit permukaannya. Salad semua tak ada stok, nak buat sosnya pun mim alif lam sim, kan. Nak makan tu, Sk cuma perah jus lemon jer, ada daun ketumbar tu, suap sekali dalam mulut tak la terasa hanyir salmon tu. Picit sikit chili mayo bagi enak.
Alhamdulillah, tak sakit perut, elok lagi salmon tu walaupun dah simpan lama, haha.
Uiii...nampak menyelerakan la salmon tu walau panggang kosong..Saya suka salmon.
ReplyDeleteSedap meratah salmon. Sekejap jak licin pinggan.
ReplyDeleteLama tak beli salmon, sebab asal nak beli jer, tengok macam tak elok...
ReplyDeletenamanya salmon panggang kosong pun sedap, orang kata kalau yang biasa2 letak dalam pinggan mahal pun boleh jadi sedap SK hehehe
ReplyDeleteBetul-betul..SA pun sama..syg kat makanan..x habis mesti simpan
ReplyDeleteammi belum pandai nak makan salmon sbb rasa ikan dia mcm x sedap je kat lidah ammi. org kampung ginilah kan...makan ikan talapia je ahakss
ReplyDeleteSedapnya Salmon.. Walaupun dah lama masih helok.. Betul tu.. takut gak kalau tetiba sakit perut.. beli ikan rm17+ , kang bayor klinik rm70 🤭 Alhamdulillah xde pape..
ReplyDeletePsst: presentation ikan Salmon tu nampak lagi menarik. hahaha