SELAMAT HARI JADI, ABAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum wbt

...

Ibu.. ku ingat dahulu
Menyisir rambutku
Kemas selalu

Abah.. menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu
Hingga dewasa


Hari ini, hari jadi abah. Kalau arwah abah ada lagi, usianya sudah mencecah 91 tahun. Abah bertemu jodoh dengan ibu di usia 42 tahun dan ibu masa tu dah 32 tahun. Sk masih ingat lagi, masa Sk dan adik (tak ingat Cik Ani atau Cikwa) mengikut abah ke Pejabat Pos Batu 5, kami ditegur kawan abah, "Cucu ke?" Hurmmm.. macam tulah kalau ada anak kecil di usia emas, pulak tu abah memang dah sakit sejak Sk belum sekolah rendah lagi. Tapi, jangan tak tahu, tiap hari abah dukung dan berjalan kaki hantar Sk  ke sekolah tadika. Sehinggalah satu hari tu, abah datang jumpa Sk dekat depan pagar sekolah sambil jinjit bakul mengandungi termos dan barang-barang lain. Abah pesan, nanti balik, jalan sendiri, sebab abah nak pergi hospital 😭 Petang tu, abah tak balik, rupanya abah tak beritahu yang dia kena tahan wad akibat sakit jantung.

Walaupun tidak sihat, demi meneruskan kelangsungan hidup, abah bekerja sebagai pemandu bas sekolah. Kemudian abah menjadi pemandu teksi. Abah tidak lagi boleh bekerja semasa Sk berada dalam Tingkatan 1. Sejak itu, ibu mengambil alih tugas abah mencari rezeki untuk keluarga. Abah meninggal masa Sk  berumur 18 tahun dan adik bongsu, Cik Ani darjah 4.

Al-Fatihah kuhadiahkan di hari jadi abah, Ibrahim bin Mohd Yasin.

Oh, abah berkongsi tarikh lahir dengan Mak Lang, kakak ibu. Kini keduanya telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Mak Lang kembali ke rahmatullah pada 20 Disember 2020.

Al-Fatihah kuhadiahkan di hari jadi, Mak Lang, Saleha binti Epit.

Pada tarikh ini juga, Nenek Umboi, mak ibu, meninggal dunia.
Al-Fatihah buat nendaku, Nawiyah binti Ahmad.

...

Dalam Al Quran, sebagai sesama Muslim dianjurkan mengirimkan doa untuk orang yang sudah meninggal. Hal ini tertuang dalam firman Allah SWT lewat surat Al Hasyr ayat 10 yang berbunyi;


وَالَّذِيْنَ جَاۤءُوْ مِنْۢ بَعْدِهِمْ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِاِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالْاِيْمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلًّا لِّلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا رَبَّنَآ اِنَّكَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ ࣖ - ١٠


Ertinya:

"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, 'Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang." Sumber


Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Moga dilapangkan dan cerah bercahaya rumah mereka di sana, serta mendapat rahmat daripada-Nya. Al Fatihah buat arwah ayahanda SK, Mak Lang dan Nenek Umboi. In syaa Allah mereka tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
    Sebak bila mengenang orang yang telah tiada kan SK. Sudah tentu segala kenangan bersama arwah abah SK sentiasa terpahat di hati.

    ReplyDelete
  2. Sedih baca kenangan lalu Puan SK.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah buat arwah abah, nenek dan mak lang SK...

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah buat arwah abah, semoga arwah abah tenang di sana..

    ReplyDelete
  5. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  6. Semoga semua mereka dan muslimin muslimat yang telah mendahului kita ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh...
    🤲🤲🤲

    ReplyDelete
  7. sedihnya SK..

    semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan semoga semua amalan mereka ketika hidup diterima Allah

    ReplyDelete
  8. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali....

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah buat arwah abahmu kak.. Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah dan lapangkan kuburnya... Sedih saya baca kisah ni 🥺 Allahuakbar

    ReplyDelete
  10. Kasih ayah sepanjang masa. Begitulah kasih sayang seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja. Sedih dengar kisah akak. Tak kuat rasanya kalau terkenang kisahnya.

    Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!