Assalamualaikum wbt
PAK INCHE dah pergi kerja, tinggallah Mak Inche sorang kat rumah macam masa Iman masuk poli dulu. Cuma bezanya, dulu bertiga dengan Ponti dan Cik Lang. Kini BERSEMBILAN dengan Cik Lang, Orbit, Jeton, Snake, Yummy, Asham dan Bubu serta Tino.
Hari pertama di uni, tentunya ada minggu orientasi. Bagi melancarkan program, makanan dan minuman diberi percuma. Iman hantar gambar pinggan nasi dia, ada lauk Ayam Masak Kicap dengan caption emoji ðŸ˜
😆😆😆
Siapa ingat, Iman tak berapa makan lauk kicap-kicap ni, tapi, terpaksalah makan.. dah itu saja yang ado. Terfikir pulak, jika orang tak makan ayam macam ibu Sk, lagilah, terpaksa tolak ayam kat member agaknya.
Gara-gara tu, maka malam tadi terjadilah lauk Ayam Masak Kicap di dapur Sk, hahahaha. Senang giler masak ni, kenapalah Iman tak suka.
Ayam Masak Kicap
Beberapa ketul ayam, perap bersama garam dan serbuk kunyit, goreng hingga masak
Sedikit minyak untuk menumis (boleh guna minyak gorengan ayam)
1 kulit kayu manis yang kecil
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 bawang besar dipotong bulat
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
Sedikit air
1 tsp gula pasir
Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang. Kemudian masukkan bawang besar, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau hingga bawang layu.
2. Masukkan kicap manis, kacau sebentar.
3. Masukkan lada hitam.
4. Tambahkan sedikit sahaja air dan gula pasir.
5. Masukkan ayam goreng. Renihkan sebentar, baru matikan api.
Asingkan seketul ayam goreng. Ayam goreng wajiblah kan.
Nasi, sayur dan Ayam Masak Kicap hari pertama Iman di UTM.
Syukur... Alhamdulillah.
anak saya plk memang jenis peminat masak kicap, kalau nak cepat memang lauk ni je lah yang jadi bekal dia tengahari
ReplyDeleteRamai org suka kan masak kicap ni. Kalau kat kantin, mmg Kak Sab selalu masak kicap sebab laris, hehehe.
DeleteKan pelik btul. Iman x suka ayam masak kicap ni.. Pebret kita ni haha tambah kentang goreng.. Makan panas2 perghhh konpom licin... Eh kicap yg dr botol x yah masak pun dia x makan ke?
ReplyDeleteAlaaa.. betullah, lupa semalam nak goreng kentang masukkan dalam tu.
DeleteRet, Iman makan jer kicap dalam botol tu tapi tak banyak. Kalau telur hancur letak kicap dia suka juga. Cuma macam ayam atau ikan masak kicap tu tak kena ngan selera dia.
DeleteKlu saya apa saja msk kicap semua saya suka
ReplyDeletekesian Iman, semoga tabah jalani minggu orientasi...orang muda jarang tak makan ayam, warga emas yg ramai tak lalu makan ayam dah....teringat upin ipin, mesti ada ayam goreng...hihi..
ReplyDeleteKite suka betul kalau ayam masak kicap. Feveret. Tapi, abah Ahnaff tak sukaaaa 🤣
ReplyDeleteJarang anak-anak jaman naw tak suka kicap...Iman kira rare la🤣
ReplyDeleteMenu Iman kat UTM tu kalau tambah mee & serondeng dah Nasi Ambeng dah tu...dap mmmm
Kita nak buat ayam masak kicap la bekal untuk next week...pas tu goreng sayur kangkung ke..kobis ke kan?
ReplyDeleteSalam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama
ReplyDeletejom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)
jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik