CHICKEN CHOP & CENDAWAN ENOKI BUTTER LEMON

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt


LAMA dah dapur kat rumah ni tak ada menu western untuk makan malam. Selalu makan kat luar, aje. Semalam petang, Iman beritahu, babahnya nak masak Chicken Chop untuk makan malam. Dorang dua beranak ke Aeon Mall petang tu. Timbul pulak idea nak masak Chicken Chop sebab siang dah makan nasi padang.

Sk awal-awal dah beritahu, jangan libatkan Sk kalau nak masak Chicken Chop sebab Sk penat sepanjang hari asyik cari sijil pelajar-pelajar yang KONVO kelmarin (tipu). Hurmmm.. ingatkan betul-betul boleh goyang kaki, sekali Pak Inche mintak gorengkan kentang. Salad tu beli yang ready to eat, tinggal tuang sos. Ada brokoli jugak tapi lupa nak keluarkan, dah habis makan baru ingat, hahaha.


Iman kata, dah lama dia teringin nak buat Cendawan Enoki Butter Lemon yang fyp di Tik Tok resepi dari anak pontianak Zarina An Jolie. Semua orang kata sedap, teringinlahh kan. Jadi, lepas Sk siap goreng kentang, barulah dua beranak ni bertukang kat dapur. Maklumlah, tungku ada dua aje.. ingatkan nak goreng kentang guna air fryer tapi takut tak sedap.


Resepi Cendawan Enoki Butter Lemon
(sukatan agak-agak ya)

Cairkan butter, masukkan garlic dah cincang, dah golden masukkan enoki, masukkan butter lagi, letak chili flakes

Dah letak dalam pinggan baru perah lemon

Sedap ke sedap?
Iman kata, tak sedap rupanya.. hahaha.

Hati-hatilah nak memakannya, disebabkan cendawan enoki ni berjurai dan susah pulak nak lumat bila dikunyah. Selalu, kan.. kita sambil kunyah sambil telan. Ada ke yang kunyah 44 kali baru telan?  Jadi, sambil kunyah tu, cendawan separuh kat tekak, separuh sangkut kat gigi. Silap haribulan, tercekik, hahaha. Mungkin kena kerat lagi pendek kot, hahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah..kolaboratif dua beranak tu yer.
    Baru nak terliur cendawan enoki tu..dah Iman kata tak sedap tu...saya percaya pendapat Iman🥰

    ReplyDelete
  2. anak ammi yg no.2 pun terliur-liur masa tengok Anju masak & makan. Dia pun buat dan ammi rasa hmmmm macam tak sedap je.

    ReplyDelete
  3. Aduhai. SK cerita cendawan enoki pula. Dua hari lepas kami beli cendawan enoki, Firdaus minta. Dia minta serbuk tomyam, tambah oden dan daging lembu dihiris tipis...esoklah cari!

    ReplyDelete
  4. Lama tak buat chicken chop. Nampak mudah tapi agak leceh juga nak sediakan itu ini. Saya pun dah terjebak buat enoki garlic butter tu. Pada saya sedap sebab suka cendawan enoki. Betul tu kak, susah nak lumat. Kena potong pendek atau potong dua selepas potong akar tu. Kadng dia panjang juga walaupun dah potong akar.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!