Assalamualaikum wbt
DAH beberapa kali, hasrat nak ke Pasar Malam Taman Tampoi Utama terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat. Tapi, kelmarin, nak tak nak, hujan tak hujan, kena jugak ke pasar malam tu. Tujuannya nak membeli seluar slack untuk Iman. Sk memang lebih suka beli seluar di pasar malam berbanding 'online' kerana lebih murah. Kalau di butik atau pasaraya, pun masih mahal berbanding pasar malam, hehe. Selagi boleh, kena jimat. Selain tu, boleh dibelek dan diacu ke pinggang dan kaki sebelum membuat keputusan membeli. Lagipun, kakak yang Sk selalu beli dengannya tu ada jual seluar plus size.
Tapi... kakak tu, tak meniaga pulak. Dia pernah beritahu Sk, dia meniaga di situ berselang minggu. Sk ingatkan masa PKP jer macam tu. Mujur ada sebuah lagi gerai menjual seluar, tapi mahal RM10. Yang biasa SK beli tu, cuma RM25 sahaja, yang ni RM35. Tawar punya tawar, dapat RM30, tapi cuma ada dua helai jer yang besar. Ambil dululah apa yang ada campur-campur dengan seluar yang sedia ada, cukuplah untuk seminggu. Dekat aje kan dengan rumah, hahaha. Selain tu, beli sekali anak tudung, buat tambah-tambah.
Banyaklah mencebet plastik dari pasar malam. Macam-macam beli. Dah pergi pasar malam, memang tak masaklah cerita dia :)
ReplyDeleteBetul SK...seluar slack ke, track botrom ke memang better beli kat passr malam sebab ada kualiti..compared beli kat pasaraya ..mana diorang amik stock pun x tau la...lagipun ada banyak size kan..next month nak kena cari utk Dania plak ni ..jenuh ni ..
ReplyDeleteKalau pergi pasar malam ni semua makanan nak di beli .
ReplyDeletekalau kat sini, pasar malam kena pergi petang2
ReplyDeletekalau pergi malam, banyak jualan dh habis
ammi selalu kalah dengan nafsu kalau ke pasar malam. pastu kadang-kadang tgk juadah yg dibeli tu tersadai je atas meja tak bermakan sbb dah fully loaded sgt
ReplyDeleteSeronok kalau pi pasar malam yang meriah..Tapi tempat saya kat sini pasar malam macam dah sendu lepas PKP..tak tau pasai pa..
ReplyDeletesy dah jarang pi pasar malam. kalau pi pun sblom maghrib krna jika sebelah malam memang sesak la tempat tu....
ReplyDeleteMemang sedap betullah sate Wak Radol tu sampai SK teringat-ingat walaupun Wak Radol dah takde. Kita pula kalau makan cendol, selalu teringat cendol Wak Gundol.
ReplyDelete