SIAKAP STIM LIMAU & KONCO-KONCONYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

HARI Jumaat, makan Tomyam.

Hari Sabtu makan tomyam dengan Daging Masak Merah

Hari Ahad, sekali lagi makan tomyam yang sama, tapi kali ni dengan Siakap Stim Limau.

Pak Inche beli siakap di pasar tani. Sk balik kerja, buka peti sejuk nampak ikan dah siap belah terbentang atas pinggan. Pak Inche suruh masak stim limau guna sos yang dia beli bersama dengan Pes Tomyam ni masa bertugas ke Kelantan hari tu. Kali ni, SK tak tambah air langsung. Terus tuang sebotol sos atas ikan terus, biar puas makan sosnya.

Dah tiga kali kot rasanya masak stim guna pes ni. Sedap sangat dan yang penting mudah. Sesuailah untuk Sk yang pemalas tak suka bersusah-payah.


Pak Inche masakkan Daging Kailan macam di Sanook Kitchen.


Sk panaskan tomyam yang dimasak seperiuk pada hari Jumaat. Tambahkan cendawan tiram dan berserilah sikit tomyamnya sebab dah ada taburan daun ketumbar, hahaha. Ni kira dah habis la.. rasa macam makan kat Restoran Senoko pulak.


Cili padi potong jangan dilupa. Tuang kicap cair dulu sebelum makan dengan nasi. Walaupun sepotong saja sudah cukup membuat lidah bergetaran, hahaha.

Burpppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduhai SK. Apa yang bocor ni. Periuk nasi bocor ke pinggan nasi yang bocor. Dahsyatnya penangan ikan stim!

    ReplyDelete
  2. Aduhai menu dia... tak boleh tahannnn. Btw, kalau nak rasa siakap stim. Kedai kawan saya ada di Johor.. Mek Singgang. InsyaAllah tak mengecewakan.

    ReplyDelete
  3. Okay baik boleh cari pes tu. Senang kerja nak masak siakap stim limau ni. Sedapnya makan panas panas dengan kuahnya tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!