NASI GORENG SUDAHLAH TERPUJI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

DAH lama kan, Sk tak tayang nasi goreng 😆. Sebenarnya agak lama dah tak menggoreng nasi.Masak nasi jarang berlebih. Kadang kalau ada lebih, panaskan aje. Walaupun katanya tak elok makan nasi yang dah dipanaskan ni. Tapi, mana lagi elok, makan nasi dipanaskan atau buang nasi. Sk pilih panaskan nasi. Ibu Sk kata, kalau buang nasi, nanti nasi tu menangis. Aduh, masa kecik-kecik dulu, seram aje kalau bayangkan macam mana suara nasi menangis.. hehehe.

Teringatlah pulak kisah Pandak Mayah (bapa Mahsuri) yang pernah Sk baca masa kanak-kanak. Kisah Mahsuri ni ada macam-macam versi, kan. Dalam buku yang Sk baca tu, pada suatu malam, ketika sedang tidur, Pandak Mayah terdengar suara bayi menangis. Kemudian, Pandak Mayah bangun dan mencari dari mana datangnya suara tu dan terjumpa kerak nasi di dapur. Rupanya, kerak nasi tu la yang menangis. Tu la yang takut kalau makan tak habiskan nasi, hihi.


 Ni nasi goreng yang Sk masak malam kelmarin. Iman kata, sedap sangat nasi goreng bonda. Eh, Iman balik rumah ke?? Hahahah. Hari khamis (semalam), Iman tak ada kelas. Jadi hari rabu petang lepas kerja, Sk ambil di kolej. Tapi bermalam satu malam jer di rumah, malam tadi, kami hantar semula dia ke kolej. Hari ni katanya nak siapkan tugasan berkumpulan dengan kawan-kawan dan esok nak jalan-jalan pulak. 


Ni pulak nasi goreng di hari yang lain.. yang ni lama dah masak cuma tak sempat nak tayang. Rasanya kejadian sebelum bercuti ke Alor Setar.. hahaha.. punyalah lama, kannnn.  

Kalau tengok nasi goreng Sk selalu ada udang atau sotong tu, sebab biasanya Sk suka asingkan sikit udang atau sotong sebelum memasak. Contohnya, kalau Sk nak masak Sambal Udang, Sk akan asingkan udangnya sikit dan simpan untuk masak nasi goreng. Kadang-kadang, balik dari pasar tu, terus jer asingkan siap-siap dalam satu bekas yang sama, senang nak masak bila-bila sebab kita dah set dia dalam bekas yang sama. Kalau belinya waktu lain-lain, kita masukkan aje la dalam bekas yang dah ada tu. Tak semestinya kena beli dan masukkan serentak.

Sekian, tips masak nasi goreng sedap dari Sk, hehehe.
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kisah nasi nangis tu mmg menakutkan masa kekecik dulu. Kalau arwah ayah dulu dia reka cerita "at night the rice you thrown away will come on your bed and cry next to your ears"...ngeri weiiii

    ReplyDelete
  2. hahahaha nasi menangiss, kalau VM, VM yang nangis nak habiskan >.<
    lepas ni nak asingkan jugak la sotong / udang sikit.
    tak terfikir pulak hihihihi

    ReplyDelete
  3. mantap nasi gorengnya lapar dibuatnya adoiii tolong campak sini sepinggan

    ReplyDelete
  4. Memang kecik-kecik dulu selalu dengar orang kata jangan buang nasi, nanti nasi menangis. Kita selalu bayangkan air mata keluar dari mana kat bahagian sebutir nasi tu. Lagi satu, suara nasi menangis tu macamana ye.

    ReplyDelete
  5. anak anak saya hampir tiap hari sarapan nasi goreng...hahaha... daripada buang nasi, goreng atau panaskan aje...

    ReplyDelete
  6. Nasi menangis tu bagai kena scam kan. Begitulah kisahnya supaya kita tak membazir. Tengok nasi gorengnya pun dah tahu sedap kak.

    ReplyDelete
  7. Sama gak la..masa kecik dimomokan dengan citer nasi menangis tu...seram gak..hehehehe...apapun nasi goreng SK nampak menarik..nasib masa baca ni dh kenyang

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!