SARAPAN DI ASHOKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt

BERAKHIR sudah Minggu Ramas Mesra Mahasiswa 2022 di UTM, malam tadi. Iman pesan, ambil dia pukul 10 pagi, hari ni. Tapi, belum pukul 9, dia bagitahu dah boleh la kalau nak datang. Kebetulan, mak pak tengah bersiap, haaa.. ngam 20 minit, dah sampai depan kediaman anak, hehehe.


Bawa balik baju sebakul untuk dicuci. Sepanjang minggu orientasi, memang tak sempatlah nak cuci baju, kan. Kalau sempat pun, memang dia kumpul jugak la. Mana mahunya nak cuci baju di kediaman atau dobi kalau dah rumahnya sepelaung. PA (Penasihat Akademik) Iman pun terkejut bila Iman beritahu lokasi tempat tinggal. Ada jugak kawan-kawan lain orang JB tapi belum jumpa lagi yang berdekatan.


5 hari tak jumpa memang macam-macamlah ceritanya sepanjang jalan. Lepas ambil Iman, pergi hantar binding kertas kerja Pak Inche. Dah nak PRU ni, nampaknya kesibukan mula menjengah. Eh, bukan sibuk nak bertanding atau berkempen ya, hahaha.


Terpaling rindu nak makan tosei. Pak Inche macam biasalah, nak sangat makan kat Ashoka. Lepas tu sendiri naik hangin servis lambat, hahaha. Sk dah berapa kali cakap tak payah datang sini lagi. Ehhhh, nak jugak tu.


Nampak tak, nescafe tu dah nak habis, baru puri sampai. Tu tak pa, sebenarnya, puri Sk tu dah siap, tapi pekerja dia hantar meja sebelah kami yang baru sampai dan kebetulan ada pesan puri juga. Sk hanya mampu bermuhasabah, Pak Inche la yang marah-marah.


Pak Inche kata, tak yah masak. Dia tapau nasi beriani di MS Beryani. Yabedabedoooo 🤭

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tak ikot SOP ni yang mana datang dulu kena buat dulu adehhh

    ReplyDelete
  2. Haa senang betul rumah dekat. Jap je dah sampai..haa itulah Pak Inche. Sudah dibilang, takmo dengar. Layankan selera Pak Inche, untung untung Pak Inche bagi cuti masak. Hehehe...

    ReplyDelete
  3. Senang hati dah bonda. Bebila je boleh amik Iman. Hihihi.

    ReplyDelete
  4. Untunglah si Iman ye. Call je kejap je sampai.

    ReplyDelete
  5. Anak2 uncle jauh2... kena la cuci sendiri....

    ReplyDelete
  6. PI & Iman punya reaksi wajah tu..macam dah 5 tahun tak jumpa...🤣

    ReplyDelete
  7. Tak pandai makan tosei.. pernah rasa tapi tak diterima tekak.

    ReplyDelete
  8. MS beryani tu kat mana kak? Rindunya kolej 9... saya duduk 3 sem kat kolej 9

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!