LAUK KEGEMARAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum wbt

HARI isnin, Pak Inche kata, kalau gerai Dapur Asmara buka, masak nasi aje, nanti dia beli lauk siap-siap. Kemudian dalam pukul 6 tu, dia telefon dan bagi cadangan lauk yang hendak dibeli, antaranya ikan dan ayam. Sk pesan, beli satu lauk aje sama ada ikan atau ayam seketul untuk diri dia. Sk tak apa, boleh jer panaskan Asam Pedas Ayam Lada Hitam sebab masih banyak lagi. Tapi, apa-apa, sebelum panaskan lauk, baguslah tunggu Pak Inchenya sampai rumah dulu, nanti melimpah meja dengan lauk-pauk dia sajo.


Nampak tak, serupa dengan lauk yang DIA BELI HARI TU cuma kali ni, tak ada Asam Pedas Ayam. Dah beli lauk, dia punya kerajinan terlampau, singgah pasar malam beli Tauhu Sumbat. Ada lagi.. dia beli onde-onde dan kuih kasturi.. tu semua kegemaran dia la. Jangan dilarang-larang atau ditegur-tegur, jaga perut hati suami laaa katakan.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jangan larangggg...Pak Zain pun kita x halang sebab jaga hati dia..kalau dia merajuk.2 minggu x tegur nanti..dh agak kan sure ada banyak benda yang di beli..sama la perangai ngan Pak Zain tu..

    ReplyDelete
  2. jangan komplen...tak masuk syurga nanti ahaks

    ReplyDelete
  3. saya kalau berdua, camni tak abis makan

    ReplyDelete
  4. Hahhahaha, jangan komplen nt dia tak beli dah..
    Husband pon kalau pegi pasar malam tu, takut VM tengok >.<

    ReplyDelete
  5. Pak Inche beli je dah penuh meja. Bagus juga tak panaskan lauk dulu kan. Shh..jangan tegur. Perati je :)

    ReplyDelete
  6. kalo komplen.. nt dia xbeli lg dh.. haha

    ReplyDelete
  7. Saya masa kecil-kecil lagi sudah suka makan tauhu sumbat. Adalah kenangan dulu, masa sekolah agama, nenek yang meniaga di kantin tu biasa buat tauhu sumbat. Sedap. Jadi akibat sedap, naklah tambah lagi. Tapi biasanya nenek tu tak beri kerana orang lain pun nak beli juga. Cukup sekali je beli.. Haha

    ReplyDelete
  8. Ada saja cerita dari dapur SK yang buat kita senyum.

    ReplyDelete
  9. Huish, memang ghajinnn Pak Inche haaaa.. Hahaahaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!