Assalamualaikum wbt
HIDUP harus diteruskan..
Selepas abah pergi, tinggallah kami empat beranak di rumah. Masa ni, Along dah kahwin dan berhijrah ke Melaka. Angah sedang menyambung pengajian di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Yang tinggal, ibu, Sk, Cikwa dan Cik Ani. Masa ni, Sk kerja sambilan sebagai operator di sebuah kilang. Sk dah mula kerja seminggu selepas tamat SPM konon untuk cari pengalaman sementara nak sambung belajar. Tapi, tak sangkut dengan mana-mana universiti, tulah, dulu masa sekolah malas, kan.
Sehinggalah satu hari tu, Sk bergaduh dengan bos berbangsa Jepun. Kau mampu, umur 18, gaduh dengan bos?? Hahaha. Puncanya, kami dipaksa bekerja 12 jam sehari dan Sk rasa macam tak adil aje. Ialah, selalunya kalau rasa tak nak kerja lebih masa, boleh balik ikut jadual, ni tiap hari kena kerja 7 pagi hingga 7 malam, 7 malam hingga 7 pagi, giler! Jadi, Sk berhenti dan mohon kerja sebagai salesgirl di Mun Loong (Department Store) yang terletak di Plaza Kotaraya. Tak sampai sehari bekerja, rasa serba tak kena, nak layan pelanggan pun terpinga-pinga, pukul 11 pagi Sk jumpa supervisor mintak berhenti, hahahaha. Nantilah, kalau terbuka hati, Sk cerita, macam mana mampu mengubah nasib sehingga berada di tahap sekarang ini. Bukanlah berjaya, tak cantik tak apa janji kaya ke apa.. tapi sekurang-kurangnya tidaklah hidup melarat.
Tapi... tu la.. dulu.. beli kereta nak pergi kerja
sekarang ni.. pergi kerja sebab nak bayar kereta.
Ingat.. tak penat ke kerja.. penat tau!
Tapi, kalau tak kerja, macam mana nak beli coffee 😎
Hari yang sibuk nampaknya.
ReplyDeleteSemoga urusan dipermudahkan.
Allahu Akbar! Macam saya pula yang ikut terkejar-kejar bersama Iman dan SK berurusan!
ReplyDeleteBegitulah gayanya 20 tahun lalu masa saya menguruskan kemasukan ke universiti.. Macam² perlu dilakukan. Semuanya buat sendiri.
ReplyDeleteOooo.. dah ada e-setem rupanyaaa... Mantabbb... Macam sedap jer nasi kerabu tu.. Lama x makan nasi kerabu biruuuu
ReplyDeleteTeringat pula zaman saya dulu terkejar-kejar nak uruskan kemasukan uitm. Nak pergi bank pun jauh. 2 jam.
ReplyDeleteTerkenang pulak urusan sambung belajar dulu. Letih betul nak urusan kesini kesana. Alhamdulillah dah settle, lega dah kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, selesai urusan Iman dan SK. Baru saya tahu sekarang ni dah pakai e-setem.
ReplyDeleteAlamak..SA nanti kena la amik cuti jugak nak uruskan Dania erk...aduhai...mesti banyak urusan nanti ni
ReplyDelete