Assalamualaikum wbt
BELUM habis lagi ya, cerita JJCM sempena cuti Hari Malaysia.. hehehe.
Disebabkan masih kenyang lagi makan nasi lemak dan minum coconut shake di Klebang Coconut Shake Melaka, sampai di Muar, kami hanya tapau Nasi Beriani King. Tapi, memang pun kena tapau kerana terkini, Beriani King Muar hanya membuat jualan secara bungkus sahaja dan tiada meja makan disediakan. Dari Muar, kami ikut jalan kampung sehinggalah sampai ke Batu Pahat, Pak Inche kata, nak tengok, gerai sate di Restoran Jeng Kuan tu, dah buka atau belum. Kat situ, awal sangat sampai, belum buka. Lewat sampai, dah habis, hehehe.
Sepanjang jalan berzikir agar gerai sate dah dibuka dan ada sate usus. Sampai jer depan restoran, dah macam budak kecik nampak mainan tikam-tikam bila nampak wak sedang mengipas sate, tapi guna kipas elektrik la, hahahaha.
83000 Batu Pahat, Johor
wah teringat2 kesedapan sate kat situ... setiap kali miting kat BP memang selalu cuba nasib..doa sepanjang jalan agar kedai sate tu bukak..hihi
ReplyDeleteUishh..ini kalau lambat habis boleh menangis ni. Rare betul. Kedai sedap memang tulah jadi tumpuan ramai. ketupat daun siap tu.
ReplyDeleteAduh...sedapnya sate usus dan babat...Kalau tempat saya usus tu dipanggil perut muda/perut panjang...
ReplyDeletebabat dipanggil perut ja..terliur..terliur..terliur
Aduhai, terliur tengok sate tu! Autentik sangat… guna lidi daun kelapa, ketupat anyam 🤤🤤🤤
ReplyDeleteJamam dulu2 kalau ke bp memang cari jeng kuan lah
ReplyDeleteMenduga la entry dia kali ni...sedapnya satay tu..dh la SA tengah craving satay ha...
ReplyDelete