Assalamualaikum wbt
NAMPAKNYA sejak minggu lepas, beberapa institusi pendidikan telah mula mengambil pelajar baharu antaranya UiTM dan UniKL. Sk sendiri malam tadi entah kenapa asyik termimpi-mimpi hari pendaftaran Iman pada isnin depan. Padahal, sebelum ni, tak ada fikir pun. Matilanakkkk kalau lepas ni tiap-tiap malam mimpi. Seksalah maknya nak menunggukan 10 haribulan apatah lagi tuan punya badan.
Disebabkan semua bayaran pendaftaran dan yuran pengajian bagi semester pertama telah pun dibuat, Sk ingatkan Iman agar menyemak dengan pihak universiti selepas mendaftar nanti, bagaimana cara memohon surat pengesahan sebagai dokumen untuk membuat tuntutan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Iman beritahu, dalam dokumen yang diterima bersama surat tawaran, ada dinyatakan bahawa ianya kini boleh dibuat secara dalam talian. Senanglah kalau macam tu, kan.. tak payahlah susah-susah ke kaunter KWSP macam masa Iman belajar di Politeknik Ungku Omar dulu. Tu takpa, surat pengesahan pengajian kena ambil sendiri di politeknik selepas tujuh hari mendaftar. Sebenarnya, boleh jer masa tu, minta Iman poskan, tapi, tahulah Pak Inche, kan suka jer nak ke sana ambil sendiri.
Jadi, kali ni, tak perlu lagi memohon melalui kaunter atau ambil surat pengesahan institusi, dah boleh mohon terus dalam talian. Pihak KWSP akan membuat semakan permohonan kita dengan institusi pendidikan terbabit. Tapi, kena jugak sediakan dokumen berkaitan seperti salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran. Apabila pihak KWSP sahkan semua maklumat benar, kita perlu juga hadir ke kaunter untuk serahkan dokumen dan cop (?) cap (?) jari. Mana satu betul ek, cop ke cap? Hahahaha.
Ooo,.dh faham dh..maksudnya kena buat bayaran sendiri dulu then baru claim kat KWSP, dia University yg disenaraikan aje ke SK? Kolej xde? Masak oiii kalau belajar x leh claim ni...Dania asasi ni pun dh 10k...
ReplyDeleteMudah sekarang ni kan, Selamat menempuh alam belajar ye Iman
ReplyDeleteSekarang ni semua urusan secara online kan...apapun berurusan dgn EPF sangat mudah dan efficient. Alangkah seronok kalau semua agensi kerajaan dapat bagi excellent service mcm epf ni.
ReplyDeleteBaguslah SK ni suka sharing...(is caring)
ReplyDeletePesan kat PI tu .ni Iman dah dekat nanti surat pengesahan pengajian tu takyah pi amik ...UTM tu jauh...suruh la Iman pos pula🤣
Turorial lengkap ni SK. Rajin SK buat perkongsian, mudah yang lain nak buat rujukan.
ReplyDeletelast guna duit KWSP untuk pendidikan sebab nak bayar yuran sendiri. nak tunggu guna utk anak macam adalah 3-4 tahun lagi. duduk diam2 ye dulu duit kat dalam tu
ReplyDeleteMudah boleh buat online je. Dulu saya pun lupa cara register online. Register online ni terhad sikit urusan dia. Kena pergi pejabat juga untuk register mobile kalau ada urusan yang memerlukan TAC.
ReplyDelete