CHEESE TART BUNCIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum wbt

KADANG-KADANG bukanlah lapar pun.. tapi bosan, hahaha. Masa Iman balik rumah hari Cuti Terkejut tu, memang tak sempat nak jalan-jalan pun. Awal petang tu, Pak Inche nak jumpa klien kat Eco Botanic, Iman pulak, nak kena balik asrama sebelum pukul 5 petang. Padahal, masa dia minta ambil tu, Sk dah tanya, boleh balik sebelum 12 malam ke? Sebab setahu Sk, mereka ada program malam tu. Bila Iman kata, boleh, ingatkan program batal sebab cuti, rupanya, dia terlupa daaaa.

Menunggukan waktu nak berangkat, rasa nak makan yang manis-manis. Iman kata, dia pun sama. Jadi kami ke taman belakang, ada sebuah kedai jual dessert. Ternampaklah pulak gerai Cheese Tart Buncit ni. Masuk kedai dessert tu, Iman beli roti empat ketul yang dah siap pek dalam satu kotak lutsinar. Sk tak rasa nak beli yang lain, sebab kebanyakan produk tak diletakkan tanda harga. Malaslah nak tanya satu-satu. Tapi sebenarnya, dah terbayang Cheese Tart tu laaa.. lama tak makan, kan.


Cheese Tart dijual secara pakej iaitu 8 biji satu set. Terdapat Set Fruity yang berintikan jem buah-buahan seperti strawberry, blueberry, kiwi dan mango. Satu lagi set premium yang berintikan coklat dengan topping nutella, biscoff, pretzel, cadbury, magnum nips, kitkat dan oreo. Kami pilih set premium yang berharga RM15. 


Bagi Sk agak murah jugaklah harganya cuma tak sesuailah cheese tart dijual di gerai terbuka tanpa chiller. Tapi, tatawlah, kot guna chiller, satu set ni jadi doploh hinggit pulak, kan. Ialah, mana nak bayar sewa kedai, bil elektrik lagi, haha. Iman kata, cheese tu rasa macam berongga, tak padat macam yang selalu bonda buat. Sk rasa, salah satu punca, sebab ia diletak pada suhu bilik. Ops, bukan suhu bilik, tapi cahaya matahari betul-betul memancar depan gerai tu. 


Ni pulak roti yang Iman beli, sekotak ni RM12, maknanya seketul tu RM4 kan. Iman kata, tak sampai hati dah masuk tak beli apa-apa. Tapi tulah, jual roti mahal, tapi tak sedap, hurmmm. Iman makan roti golok tu setengah aje, roti keju, suku, yang lain semua dia tak nak sebab memang tak sedap dan tak kena dengan tekak dia. Sabar ajelah, nasib ada babahnya makan seketul malam tu. Yang coklat tu, nantilah Sk balik kerja baru makan. Sayang pulak nak buang, huhu.


Tepek sini, kucing siapalah sesat pergi kebun kat belakang sana. Kesian.Ni ada kawan bawa balik nak jagakan dulu sementara tak jumpa lagi tuannya. Kalau dibiar kat kolej takut makin sesat ke mana-mana budak ni. Doakan taye jumpa tuan taye balik tau, acikkkk!

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Amboi kucing tu pun gebus gebas mcm cheese tart buncit tu jugak 😂
    Ni yg tak syokkan, nmpk sedap dah roti tu tp rasa out pulak ye :(

    ReplyDelete
  2. Ini bukan buncit... ini jendul! hehehe

    ReplyDelete
  3. Sayangg cheese tart tu takut lama2 rasa masam plak cheese nya sebab suhu panas tu terlebih dr suhu sejuk kan.. Syg nyaaa!! Kalau cheese tart ni sedap makan sejuk2

    ReplyDelete
  4. Itu takut cuba makanan baru takut tidak sedap.

    ReplyDelete
  5. cistat buncit mcm2 topping ..sedap tu tp kalo jual kena cahaya matahari mcm tk sesuai je sbb ada cheese kn kena sejuk2

    ReplyDelete
  6. Lama tak beli cheese tart buncit tu, tapi sama ke kak ownernya dengan yang Lin ada beli tu?

    ReplyDelete
  7. cheese tart kalau ammi suka makan sejuk2..

    ReplyDelete
  8. cheese tart yang saya suka inti blue berry je. yang lain tak masuk

    ReplyDelete
  9. Cheesetart kalau tak stay dalam chiller xberapa sedap 😅. Makan sejuk² baru best kan. Sayang roti tu ye.. kalau mahal tapi sedap ok jugak. Terubat la rasa hati. Ni mahal tapi tak sedap..ermmm

    ReplyDelete
  10. Nampak muncit tu... Kena masuk freezer la ngam... Ehhh comeynya kucinggg.. moga cepat balik pd tuannya.. shian diaaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!