MAKAN DI GRAND SEAFOOD SENIBONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt

HARI ini kaum hindu menyambut perayaan Deepavali. Gegak gempita tengah malam tadi dengan bunyi letupan mercun di kawasan perumahan Sk ni. Masing-masing berlawan, bunyi mercun siapa lebih kuat, bunga api siapa lebih gah. Mujurlah masa tu Sk belum tidur lagi. Pak Inche tanya, dalam perayaan Deepavali, memang ada adat main mercun ke? Hahaha.. dalam pengetahuan Sk, kaum cina membakar mercun pada malam tahun baru dengan tujuan menghalau semangat jahat (mengikut kepercayaan mereka). Tapi, kini, Tahun Baru Cina ke.. Krismas ke.. Deepavali ke.. semua dah main mercun dan bunga api. Kita raya Aidilfitri pun sama naik dua kali lima. 😆


Dari lepas balik dari bercuti di Kedah tuari, Iman kata, nak makan di Grand Seafood Senibong. Sebabnya, masa di Alor Setar tu, Pak Inche nak makan di Chinese Seafood Restaurant yang terletak di Kuala Kedah. Iman kata, nanti tak sedap, babah jugak yang komplen. Baik makan kat Grand Seafood, tentu-tentu sedap. 


Crystalline Iceplant (S) RM30
Selepas makan sayur Iceplant ni buat pertama kali DI SINI, terus suka. Sayur ni tak dimasak dan dimakan sejuk bersama sos seakan mayonis. Ada rasa manis-manis macam kita makan salad buah-buahan.


Stir Fried Beef Cube with Black Pepper Sauce (S) RM60
Ni yang Iman nak sangat makan. Potongan daging lembu dengan ketebalan seinci ni sangat lunak bila dikunyah. Sos lada hitam pun sedap yang penting tak masin.


Menu wajib setiap kali ke sini, Prawn Cluster with Pumpkin & Cheese (S) RM48. Masa mula mereka hidang atas meja, ingatkan mereka dah kurangkan bilangan udangnya, rupanya masih sama, enam ekor. Udang dibuang kulit bahagian tengah dan kepala, jadi mudah nak makan. Tidaklah sos menyalut kulit udang sahaja.



Baby Sotong with Honey Sauce (S) RM32 kegemaran Pak Inche. Sejak dalam perjalanan dah cakap, nak baby sotong ni 😆. Sotong digoreng garing sebelum disalut madu dan tetap rangup.


Stir Fried Sotong with Salted Egg (S) RM32 
Tetaplah pesan Sotong Telur Masin ni jugak. Banyak sungguh porsinya sehingga tak terdaya nak menghabiskan lalu kami minta ia dibungkus untuk dibawa pulang.


Steam Seabass with Hong Kong Sauce RM80
Layankan sajalah Pak Inche nak Siakap Stim Hong Kong ni walaupun rasa macam dah banyak jer lauk. Tapi, tahulah Pak Inche dan Iman, pandai makan isi ikan jer. Terpaksalah Sk jadi Majlis Perbandaran. 


Licin semua lauk kecuali Sotong Telur Masin. Malam tadi, Iman panaskan, ratah macam tu aje. Iman pun malam ni nak balik kolej dah. Sk kata, balik malam esok ajelah sebab kelas esok diadakan secara online. Eh, tak nak, sebab dah janji nak tidur dengan kengkawan. Lagipun, bonda dan babah dah masuk pejabat esok, nanti bosan duduk rumah seorang. Kawan dia pun asyik tanya, Iman balik bila? Hurmmm.. dah rindulah tu dengan keletah Iman.. hahahaha.

Syukur selalu 🌹

Grand Seafood Senibong
RT7-01-01, Stellar Walk
Jalan Persiaran Senibong
81750 Masai, Johor

Buka setiap hari

Untuk pertanyaan dan tempahan :

019 7366556

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap-sedap menu pilihan SK 😍
    Iman pun seronok agaknya tu nak balik asrama jumpa kengkawan :D

    ReplyDelete
  2. menu baby sotong tak pernah lagi jumpa kat mana2 restoran
    teringin nak cuba nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  3. senua menarik..x leh tahan thok menu daging tu..dapnyaaaaa

    ReplyDelete
  4. Banyak lauk tapi bukan selalu dapat makan.

    ReplyDelete
  5. Teringin nampak beef cube tu..terbayang beef wagyu..walau tak pernah merasa lagi

    ReplyDelete
  6. boleh tahan harganya... jap kira duit syiling dulu cukup ke tak..
    Crystalline Iceplant yg ni first time dengar...nama bukan main omputih lagi

    ReplyDelete
  7. Hampir semua perayaan diraikan dengan dentam dentum bunga api mercun bagai. Sedap sedap menu pilihan tu. Semua menyelerakan. Memang puas hatilah kan makan tempat yang menyediakan masakan sedap sedap. Ice plant tu menarik. Ada tengok orang makan kat cameron. Sedap katanya. Lagi lagi dapat yang fresh tu kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!