KENANGAN DI MAJLIS PERKAHWINAN DIANA & SHAHARIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

Doa Untuk Pengantin Baru 

Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).


Sabtu lepas, Sk memenuhi jemputan Walimatul Urus Majlis Perkahwinan Diana dan Shaharin, anaknda bongsu kepada sepupu Sk, Abang Abid dan isterinya Kak Julie. Abang Abid merupakan anak Arwah Pak Besar iaitu abang Arwah Abah Sk. Majlis menggabungkan kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan ini diadakan  di I-City Convention Centre (iCCC), Shah Alam.


Bersungguh Pak Inche ajak pergi jemputan. Otak dah tepu terperuk aje di Johor ditambah tugasan membuat liputan perlawanan bolasepak yang melibatkan Pasukan JDT telah berakhir. Lama tak makan nasi kenduri kahwin, kan. Lagi pulak, Kak Julie menghantar whatsapp jemputan kepada Angah agar menyampaikan kepada adik-beradik yang lain. Walaubagaimanapun cuma Sk dan Cikwa yang berkesempatan untuk hadir. 


Ikut perancangan asal, SK akan ke Shah Alam berdua sahaja dengan Pak Inche. Bila sahaja MB Johor mengumumkan cuti peristiwa pada hari Ahad tu, Iman nak ikut jugak. Tak sampai hati pulak nak tinggalkan, hahaha. Dari Concorde Hotel, Iman naik kereta dengan Cikwa. Jarak perjalanan cuma 15 minit sahaja tapi gedebak gedebuk, hampir setengah jam jugak baru jumpa dewannya, hahaha.


Setelah sekian lama cuma berkawan di muka buku, akhirnya bertemu juga tuan punya badan, Kak Rozana Abdul Ghaffar. Kak Rozana merupakan sepupu bapa pengantin di sebelah emak dan Sk pulak sepupu di sebelah bapak. Biasalah dulu-dulu, nak ramaikan kawan dalam fb, kan suka add mutual friends. Antara sebab utama nak main farmville laaa, nanti boleh bagi brick laaa, alat bertukang laaa.. hahahaha. Lepas tu, baru tahu pulak, Kak Rozana ni kawan sekolah kepada kawan Sk semasa di Bukit Senyum. Sejak ada fb, rasa kecik sungguh dunia, kan.


Masa kenduri-kendara nilah, kan.. nak jumpa sedara-mara. Pakcik yang berbaju kemeja tu mendakwa, beliau pangkat atok kepada kami, heheheh. Yang baju melayu hijau tu, Abang Hasan, suami kepada sepupu Sk (kakak bapa pengantin), tapi sepupu SK tu dah meninggal dunia. 


Yang duduk di sebelah Cikwa tu, Abang Kamil, abang bapa pengantin (anak sulung), isterinya Kak Ramlah. Berdiri di sebelah Sk, adik bongsu bapa pengantin, Kak Munirah. Oh, baru perasan kami bergambar dengan si sulung dan si bongsu, hihi.


Depan sekali sebelah Cikwa tu, anak sedara kami (anak Abang Kamil). Tapi umur lagi tua dari kami laa. Di sebelah arwah abah, kami dipanggil aunty.


Tengah tunggu giliran nak bergambar dengan pengantin.


Kakak pengantin, Nadia. Nadia merupakan penyanyi OST Drama Bersiri Yes Bos, lakonan Fahrin Ahmad dan Emma Maembong. Sk tak buat pulak entri Majlis Kahwin Nadia tapi ada selit kisahnya DI SINI.


Gambar kenangan bersama sepupu SK, Abang Abid atau dikenali juga sebagai Abid Wheels. Sepupu Sk ni merupakan penyanyi Kumpulan Wheels yang seangkatan dengan kumpulan Heavy Machine. Lagunya yang selalu berputaran di radio ialah Dalam Kenangan dan Sekuntum Cinta. Mereka ni satu keluarga semua boleh menyanyi termasuklah Kak Julie.


Tak dinafikan muka buku merapatkan hubungan dengan sepupu dan isteri masing-masing, hehehe. Jarak usia kami semua agak jauh jugak tau. Masa Sk sekolah rendah pun memasing dah berkeluarga.


Ad, sepupu yang sebaya dengan Cikwa, baru sampai ketika kami berangkat pulang. Ad meruapakan anak Pak Chu.


Berpisah di ruang letak kereta. Cikwa balik ke KL manakala kami singgah ke Melaka.


Cenderahati dari keluarga pengantin... madu. Bolehlah nanti minum Honey Lemon panas bercawan-cawan, hahahaha.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tudiaaaa...cenderahati bukan main ha....ramainya sedara mara, SA pun ramai sedara mara kalau berkumpul kadang x ingat nama dah..

    ReplyDelete
  2. majlis artis2 ni...goodiesnya pun kayangan
    makan madu dengan pancake sedapnya

    ReplyDelete
  3. Kdg2 bgs jugak fb ni kan? At least org yg kita x brp knl tp sh berkawan di fb dan bila jumpa f2f jd byk cerita pulak mcm dh knl lama.. hehehe.. meriah majlis kawen tu dh mcm family reunion dh

    ReplyDelete
  4. Pic pertam tu tak tau mana pengantin..nampak sama ja semua🤭
    Eh Abid Wheels...
    Saya hafal tau lagu Dalam Kenangan tu...patut dalam lagu ada sebut bayu Teberau...rupanya orang Johor ek..
    Lagu sekuntum cinta pun kita hafal

    ReplyDelete
  5. betulkan...FB bantu kita kenal dengan sedara.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!