Assalamualaikum...
TAK sampai 30 minit perjalanan percutian dua hari satu malam di Fraser Place Puteri Habour. Percutian percuma selepas memenangi pertandingan captured angka PV 4646464 di blog Sunah Sakura. Sk pilih Sabtu lepas selepas Pak Inche mengesahkan tiada perlawanan bola pada hari tersebut tapi tiber hari Jumaat dia kena ke KL mengambil laptop baru untuk kegunaan kerja. Lepas tu, hari Sabtu tu jugak dia nak bawa laptop ke Plaza Pelangi untuk install Microsoft Office, jadi gedebak gedebuk, selepas selesaikan urusan Pak Inche, kami balik ke rumah ambil luggage dan Iman, pergi makan tengahari dulu di Anjung Medini, jam 3.30 baru sampai ke hotel, mak aih.. ramai rupanya sedang beratur untuk daftar masuk.
Hotel baru, masih cantik dan empuk tilamnya. Suka sangat tengok kemasan dinding belakang katil tu. Pencahayaan pun tip top dengan pintu sliding. Gayat jugak bila berdiri dari tingkat 11 ni, lama tak duduk hotel yang ada balkoni. Studio Deluxe yang Sk duduk ni rasanya ada pilihan katil bersaiz raja atau dua katil super single. Ada juga terfikir nak tambah lagi satu bilik untuk Iman, lepas tu fikir-fikir macam tak payahlah, bukan lama pun nak duduk, bawa comforter sajo, sekali dah sampai Gelang Patah, baru teringat comforter tak bawa. Pak Inche kata, tak apa, nanti malam kita ambil kat rumah, hihi.
Sofa untuk rehat tu macam tak berapa selesa la untuk menyandar. Sebab posisi badan kita akan terbengkok terutama kat bahagian tengkuk. Rasa macam nak patah leher kalau duduk sandar lama-lama, hihi.
Terpaling kagum dengan hotel ni sebab ia dilengkapi dengan peralatan dapur, macam apartment hotel. Siap induction cooker, tapi tak ada periuk disediakan. Kalau nak panaskan makanan, ada microwave. Pinggan mangkuk semua lengkap.
Yang paling tak tersangka ada washing machine jenama Electrolux siap dryer. Terus plan nak basuh baju siap-siap malam tu, senang balik baju dah bersih, hihi. Sabun cuci disediakan untuk sekali penggunaan.
Dah plan dengan Iman nak berendam dalam bathtub, haha. Ialah, selalu pergi hotel yang ada bathtub macam tak sempat nak berendam sebab busy JJCM kan, ni kali memang nak lepak hotel jer.
Lantai bilik mandi ala rustic gitu, jadi taklah risau lantai licin ke apo. Kelengkapan bilik mandi memang moden dan terang giler bilik airnya. Suka sangat tengok paip sinki tu.
Hari tu siapa yang sebut ni baju tuala, hehehe. Dulu-dulu teruja jugak jumpa baju tuala ni, siap sarung kat badan lepas mandi, hihi.
Seterika jugak disediakan, tapi macam biasalah, sekarang dah malas nak gosok-gosok tudung, baju apatah lagi, memang jenis bawa baju tak yah gorok jer sekarang.
Peti keselamatan lengkap dan lampu suluh kot-kotlah black out kan. Malam tu jugak ada Earth Hour, tapi masa tu kami keluar balik rumah ambil comforter dan terus pergi makan.
Nak ngeteh dan ngopi semuanya ada. Sk siap bawa macam-macam dessert, sebab kali ni memang plan nak lepak kat hotel jer.
Hah, siapa nak datang masak-masak bolehlah bawa periuk, hihi.
Sudu, garfu, pisau, pembuka tin dan botol semuanya disediakan.
Iman siap beli bathfoam ni nak berendam dalam bathtub. Eh, tolong jangan bayangkan apo-apo ya, hahahah.
Dua beranak sibuk dengan laptop baru. Yang si babah sekejap-sekejap kacau anak suruh tengokkan, yang si anak pulak sibuk jugak dengan assigment. Lantak...
Malam tu, Sk cuci semua baju, hihi. Lepas adjust ke dryer, boleh pulak tidur, jadi bila bangun pagi tengok bajunya tak berapa kering sebab berwap panas kot. Patutnya lepas siap dryer tu kena terus keluarkan. Jadi, on semula dryer, elok bajunya kering semua tapi taklah macam kita keringkan kat dobi tu, jadi bentang jer semua baju sementara tunggu check-out, wahhhh.. senang kerja Mak Inche, balik sampai rumah terus jadi Starfish, hahahaha.
Terima kasih, Cik Sun!!
Cantikkkk biliknyaa. Dah macam rumah dahh tu sebab siap ada mesin basuh dengan dryer lagi. Betul betul menyenangkan kerja sebab boleh basuh baju terus. Sampai rumah nanti tak payah dah nak basuh bajuuuu masa bercuti hehehe :D
ReplyDeletesyok siap ada dryer. mudah sangat tu dah nak basuh baju.
ReplyDeletePergh cantik biliknya..kalau SA ni..mau tambah semalam lagi bagi lepak puas2
ReplyDeletealhamdulillah...hepiiii baca 🤩🤩🤩 syokk lepak hotel aje, tak payah pikir ape2 kan..
ReplyDeleteSeronoknya...
ReplyDeleteHappy dia lain macam kan ,kalau dok hotel..rileks takyah fikir urusan rumahtangga. Macam honeymoon jer kan..hihihi
best kan dapat cuti2 weeekdn...
ReplyDeleteklu bole tiap weekend nk tido otel hehehe
ReplyDeletepermainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
WA: +855 1537 3217