Assalamualaikum WBT
SEJAK akhir-akhir ini, di Tanah Jauhar, mula bertapak pelbagai restoran yang mengetengahkan konsep makanan dari negeri-negeri lain. Kalau makanan Kelantan atau Pantai Timur tu memang mudah ditemui sejak dulu, namun sejak kebelakangan ini, restoran nasi kandar mula tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Dan sekarang, nak menikmati masakan salai dimasak lomak cili api ala nogori pun dah ada. Antara yang pernah Sk kunjungi adalah Salai Valley, Salai Waghih Den dan terkini, Rumah Makan Uwan Bongek yang baru Sk kunjungi semalam. Bongek tu agaknya mengambil sempena nama Kampung Bongek yang terletak di Negeri Sembilan. Tapi dalam family Sk, bongek tu adalah istilah untuk seseorang yang gila-gila dan suka buat lawak bodo, hahaha.
Tengok-tengok menu dulu.. datang tiga beranak.. dari rumah seorang.. kemudian pergi jemput Iman di kolej, ambil gambar hantar kat grup, Pak Inche reply, suruh ambil dia jugak. Kebetulan lunch hour kan. Mula risau jugak, tahulah Pak Inche tu kan makannya memilih, mujurlah ada lauk Asam Pedas Tetel dan Ayam Goreng Kunyit kegemaran dia. Kalau tak ada, kita bagi dia telur mata bubuh kicap aje laaa.. hahaha.
Ada pilihan Asam Pedas ala carte
Pembuka selera dan ulam-ulaman
Masak Lomak ala carte
Kami pilih Set Talam C (1), RM80
Tengok dalam set, patutnya ada 6 lauk aje tapi bila tengok semula ada 7 lauk. Tu tak apa, siap ada tambah ulam dan sambal belacan.
Nasi diletakkan dalam dulang ayan bersaiz kecil.
Alhamdulillah.. kami makan dengan penuh berselera.
Mereka salai sendiri daging dan ayam tu. Ayamnya lembut dan betul-betul sedap di tekak Sk. Daging dihiris nipis selepas disalai, tapi Sk lebih suka ayam salai. Kuah lemak agak pekat dan berkrim, begitu juga asam pedas tetel, kalau dicairkan sikit tentu lebih merenih masaknya. Sambal tumis bilis petai betul-betul sedap, tapi kalau dimakan bersama lauk lemak, tak sesuai pulak, jadi Sk bungkus bawa balik. Berangannya nanti nak buat lempeng.. hahahaha.
Kalau anda jenis yang tak kuat minum, lebih baik kongsi minuman okey, punyalah besar saiz jug dia bagi airnya, hehehe
Kalau nak ke sini, masukkan dalam waze Leva Leur Cafe.. okey!
Rumah Makan Uwan Bongek
@ Leva Leur Cafe
110, Jln Sierra Perdana 4/1,
Taman Sierra Perdana,
81750 Masai, Johor
Buka setiap hari kecuali Isnin
11 pagi hingga 11 malam
Jumaat - 3 petang - 11 malam.
Selain itu, mereka turut menghidangkan menu shell out 😋
Menarik!! Sis Lin pun suggest ke sini haritu 😍 Bolehlah try nanti.. Dekat dah tu..Huhu
ReplyDeleteBongek ni nama kampung kat area Rembau SK...maybe owner ni asal dari situ kot..tak pun keturunan dia..
ReplyDeleteSenang dah siap set gini kan, tak pening fikir nak pilih lauk.
ReplyDeletePernah terkena dapat air dalam bekas giant gitu, adeh…kalau tau kita beli satu air je.
Seronoknya hidup seorang SK.
ReplyDeleteSelalu dapat jamu selera dengan macam-macam menu. Kita pun seronok juga, dapat tumpang jamu mata.
Memang betul lah, saya harus ke Johor rasanya 😄. Lihat menu2 di atas, kayak terliur langsung kak 🤤😍. Kliatan sangaaat sedap. Saya baru balik dari Penang, dan ada restoran yg jual makanan rumah gulai ikan jenahak. Saya coba sukaaaa sangat. Makanya tiap ke Malaysia, saya LBH suka cari kuliner macam tuh. Masakan kampung, masakan rumah, lebih sedap ❤️❤️
ReplyDeleteTudiaaaa...nalla punya ayaq dia...
ReplyDeleteHidangan dia noltalgic sangat dengan talam dan be tuk jug zaman dulu
Nasib baik bgtau Bongek tu nama kampung..Kalau tak jenuh saya fikir ..hihihi
Bongek kek Ghombau..dulu ammi pernah cuci mangkuk kat kilang masa cuti sem..ada sorang acik tukang masak tu kita panggil Cik Bongek.
ReplyDelete