Assalamualaikum WBT
MASA beli belacan di Arked Tanjung Dawai tuari, Pak Inche beli sebotol sos perencah Char Kuey Teow jenama Otaku. Duluuuuuu.. pernahlah sekali beli sos ni, mungkin dua kali atau sekali. Kemudian, selalu je Pak Inche nak beli lagi tapi Sk kata, tak payah beli. Setakat Pak Inche sorang nak makan CKT, baiklah makan atau tapau di kedai. Sk tak minat sangat CKT terutama yang jenis berkuah ni. Jadi, kat Tanjung Dawai hari tu, dia tanya, nak beli tak? Belilahhh.. penat dah larang 🤭.
Semalam, balik dari ambil kereta dari Iman kat kolej, Pak Inche kata, nak singgah kedai, nak beli papadom makan dengan Nasi Baryani Wak Gondan. Beli papadom aje pun katanya, tapi tak sampai-sampai ke rumah. Bila Pak Inche masuk rumah, nahhh.. patutlah lambat, dia beli udang, kerang, taugeh, kucai dan kuey teow. Hurmm.. dah dibeli kuey teownya memang tak boleh tangguhlah masak. Kuey teow kalau dah masuk peti sejuk terus keras dan boleh dipatah-patah, tak sedap. Yang kelakar, rupanya ada papadom sebungkus belum buka dalam laci kabinet 😆.
Pukul 9 baru masak sebab belum lapar sangat. Makan baryani tu pun dah petang, memang lambat la laparnya. Walaupun Pak Inche kata nak masak, bagi mengelakkan dapur berselerak, Sk la tukang siapkan bahan-bahannya. Pak Inche tinggal masak aje 🤗.
Bila Pak Inche mula memasak, memang rasa kembang jer kepala menahan darah naik 🤣. Dengan pasang api besar-besar, dia kata kat kedai dorang buka api besar-besar. Dahlah tak ikut arahan pada label sos. Ditambahnya garam la, sos ikan la, tak perasan pulak kalau dia tambah gula 🤭. Lepas tu nak goreng sepinggan-sepinggan jugak macam kat kedai, hihi.
Super duper special ni, ada tiga ekor udang saiz XXL dan kerang setengah mangkuk. Kuey teow selambak, yang ni untuk Sk. Lepas tu baru goreng hat dia pulak. Sk tak makan dulu la, tunggu Pak Inche punya siap, habis serap semua kuah. Makan dengan cili padi hijau barulah kick tapi yang afdhal makan dengan cili jeruk. Pak Inche tak habis makan, banyak sangat dan penat masak, dia kata. Haaaa.. baru tau ke memasak tu penat?
Orang dah kata, makan kat kedai jer CKT ni, tak payah susah-payah masak kat rumah setakat nak makan sepinggan. Sk berjaya habiskan laaa cuma udang tak habis, simpan la dalam peti ais. Esok-esok boleh campak dalam nasi goreng pulak 🤭.
ada udang, kerang...sedap tu..
ReplyDeleteTapi betul la Sk, katanya masak CKT kena api besar baru menjadik 😁
ReplyDeleterajen pak inche masak smpai 2x...hihihi
ReplyDeletemmg special tu udang size beso..yum222
ReplyDeleteBerbakat rupanya pak inche ni.... jangan macam uncle... tangan bangku!
ReplyDeleteHahahaaa... insof ya Pak Inche. Mmasak memang penat.
ReplyDeleteRajin la Pak Inche masak CKT sampai dua kali. Betul la macam kat kedai, api kena besar:)
ReplyDeleteKesian Pak Inche lepas masak terus hilang lapar sbb penat ye hehe
ReplyDelete