Assalamualaikum WBT
TINGGAL lagi dua hari berpuasa dan dua hari nak raya. Hari ni plan nak selesaikan kain baju dulu, malam ni gantung langsir baru dan esok mula merendang. Sambal Cengeng masak subuh hari raya la, sediakan bahan siap-siap, pagi tinggal menumis. Hari tu, Ammi tanya, Sambal Cengeng tu apa? Sambal Cengeng tu, Sambal Kacang Special, adik-beradik dan keluarga panggil Sambal Cengeng. Special tu sebab ada tetel atau daging dalamnya tapi taklah banyak, kalau untung dapatlah, hehehe. Cengeng tu sebab makan sampai berhingus berair hidung kerana kepedasan, heheheh.
Semalam, Iman berbuka di luar dengan kawan-kawan lama semasa mereka bekerja sambilan sebagai juruwang di Petronas Kobena. Pak Inche kata, tak payah masak, dia beli Nasi Beriani Kambing di bazar Ramadhan. PI pesan rebus telur dan goreng papadom nak makan dengan nasi beriani.
Tu dia apabila diberi mandat ya.
Pertama kali Sk jumpa Popia Basah Habibi Alibaba. Popianya tak dimakan pun semalam.
Beli Rangka Ayam Percik, pun sama.. tak makan.
Telur rebus dua biji. Sk kukus jer dalam periuk nasi.
Penuh sebekas nasi beriani, cuba sedaya upaya nak habiskan tapi gagal. Sk cakap, orang lain agaknya makan kongsi, kita jer tamak. Sebungkus ni tak silap RM16.
Sahur pagi tadi, masak Nasi Goreng Sambal Belacan. Masak nasi baru malam tadi, pagi ni goreng, tumis sambal belacan Siam PI buat hari tu, pecahkan telur, masukkan nasi sejuk. Tak letak sebarang haiwan, kosong gitu aje nasi gorengnya tapi tetap sedap, hehehe.
Goreng telur mata dua biji, Sk satu, Iman satu. PI tak nak telur mata tapi dia layan jugak dengan baki Sup Tulang Siam. Sedap makan nasi goreng sambil hirup sup siam, heheheh. Dah dah.. jom tidur mengemas!
Suka nasi goreng. Simple dan sedap tu.
ReplyDeletesambal cengeng...mau nangis kepedasan hehe...
ReplyDeleteSedap semuanya. Popia basah tu lagi lah terliur.
ReplyDeleteSuka nasi goreng simple macam tu.
ReplyDeleteNasi beriani kambing nampak sangat sedap!
Selamat berbuka puasa nasi biryani kambing.
ReplyDeletePerut dah kenyang apa lagi? Mengemas la kan? Heheh
ReplyDeleteCantik kejadiannya nasi goreng tu sesedap rasanya tewww :)
ReplyDeleteJom² kemas apa yg patut hihi
Kadang pergi bazar tengok je orang jual nasi beriani, tapi saya tak beli.. Tak terasa nak makan.
ReplyDelete