MAKAN DI PERANAKAN PLACE & BAJU RAYA PERTAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2 minute read
6

 Assalamualaikum WBT 


KISAH sebelum bulan puasa, jalan-jalan ke Aeon Mall Tebrau cari baju raya pertama Pak Inche dan Iman. 


Dah tengok-tengok kat butik kemudian pergi pulak kat aeon. Harga baju raya aeon dah dekat sama macam harga butik ya, dulu tak sampai pun RM200, hurmmm, baik beli kat butik jer gitu.


Tapi, yang sebenarnya, tak jumpa warna yang kita nak, hahahaha.


Kami ke poplook, tapi tak ada saiz bagi warna yang kami nak. Staf kata, nanti beli online aje, jadi Iman fitting dulu saiz apa yang sesuai. Macam Sk pernah cakap sebelum ni, ramai orang plus size yang saiz badan macam Iman jadi agak sukar nak dapat saiz dia di kedai, biasanya dah habis. Tapi masa tu, belum puasa lagi dah habis, huhu.


Cantik-cantik baju kat poplook tapi Sk tak minat nak beli baju raya tahun ni. Lepas tu nak beli baju raya PI kat aras bawah, tak ada saiz pulak. Kenalah jugak beli online.


Dah kelaparan memasing, kami singgah di Peranakan Place ni kononnya nak alas perut sebab lepas tu baru nak makan berat sikit kat luar mall.


Belek-belek menu.


Pesanan kena buat melalui QR. 


Cendol dia sedap betul!


Rojak buah ada keropok ikan. Sedap jugak calit-calit kuah rojak kat keropok ikan tu.


Buah dipotong kecik. Banyak jugak portion dia.


Pesan Pie Tee. Intinya sayuran dan crabsticks.


Laksa Nyonya pun sedap. Makan kongsi-kongsi semua. 


Mula Iman tak nak Laksa Nyonya ni, takut kenyang sangat. Sk kata, takpe, kita makan sama-sama.


Sudahnya, semua kenyang betul-betul padahal makanan ni semua kongsi, tak ada ambil main course seorang satu, hehehehe. 


Sk boleh pulak minum Teh Tarik, lagilah dia punya feel tu kan.


Banyak street food ala Jonker Street Melaka, jadi, kalau rindu kampung angkat, datang sini aje.


Ada nasi lemak pandan dengan pelbagai pilihan lauk.


Cendol Baba. Memang betul sedap cendolnya tu, macam cendol kat Mahkota Parade.


Tenang. 


Abang adik!


Lepas tu, pergi Paradigm Mall pulak, PI nak tengok baju raya kat sini dan nak beli Coconut Shake. Tapi, booth raya dorang belum siap, hahaha.


Beli coconut shake aje la. PI minum air kelapa. Mahal giler, 35 lebih, total.


Cari kasut raya pulak untuk Iman.


Cantik bertali-tali.


Sugar daddy.


Sampai dah baju raya Iman ni minggu lepas.


Nasib baik sampai, Sk dah risau sebab banyak parcel sangkut kat jnt Yong Peng Gateway kan. Baju raya PI pun sangkut beberapa hari jugak. Ni ada dua lagi parcel sangkut dan semalam boleh pulak beli lagi barang,  aduiii, janganlah sangkut jugak, hahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. oh kt johor pn ada peranakan place..sama mcm kt kl ..suka cendolnya pekat

    ReplyDelete
  2. Rojak buah dia nampak sedap, sebab kuah pekat camtu, menyaluti kesemua buah. Kat sini rojak buah banyak yang cair, kurang kick. Wah, dah selamat beli baju raya ya. Semoga parcel semua selamat sampai.

    ReplyDelete
  3. Nak raya ni mmg byk parcel nak diserahkan. PH tengok abang² kurier sibuk betul lepas satu, satu datang. Ting tong tapi bukan rumah PH 😂 kita x pandai shopping online...

    ReplyDelete
  4. Cantiknya pai tee dia... macam berkuah pulak

    ReplyDelete
  5. Ramai mencari baju raya sebelum puasa lagi. Tu yang banyak size dah takde.

    ReplyDelete
  6. Cantik2 baju di Aeon Mall. Pie tee, lama nya tak makan. Cendol pun sama. Bulan puasa ni semua sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!