ASAM PEDAS TETEL YANG KURENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum...

BURPPP... baru lepas santap nasi putih berlaukkan Asam Pedas Ikan yang tak dikenali 😝
Hari ini, hari pertama bekerja di tahun 2021. Tahun baru yang tak terasa barunya, apapun semoga khabar yang baik-baik akan diterima tahun ini walaupun hakikatnya bila umur semakin banyak, hayat yang tinggal semakin sedikit. 

Tengah makan asam pedas, teringat peristiwa makan di Gerai Asam Pedas yang selalu kami kunjungi di Melaka. Pergi Melaka hari itu pun semata-mata nak makan asam pedas dialah. Banyak kalilah juga kami makan asam pedas di tempat ni dan ada beberapa kali Sk ceritakan di Alam Sari Tanah Jauhar ni.


Seperti selalu, setiap set asam pedas didatangkan bersama sepinggan nasi putih, sayur taugeh, sambal belacan dan telur masin. Dan seperti selalu juga, kami memilih Asam Pedas Tetel. 
Macam kureng jer asam pedas kali ni. Cair dan tak cukup rasa rempah ratusnya. 

Sk cakap dengan Pak Inche, tak payahlah datang makan asam pedas kat sini lagi. Kuah cair, ayam goreng sejuk, gelas air kecik 😷 dahlah muka pelayan pun tak reti nak senyum, hari tu pulak boleh dia berleterkan seorang pekerjanya depan pelanggan kuat-kuat. Hawau lahabau semua keluar, dahlah kami duduk dekat dengan dapur, tapi, Iman la yang dengar 🙊🙊🙊 sebab dia betul-betul duduk ngadap dapur tu.

Hurmmm.. lepas ni kenalah rajin masak Asam Pedas Tetel sendiri. Lama beno dah Sk tak masak asam pedas tetel. Yang sebenar, susah nak cari tetel kat pasar sekarang. Kalau ada pun bergumpal dengan lemak. Ini semua risiko untuk menyumbatkan sinki dan jugak usus, hahahaha. Lelemaks yang ada makinlah suka dapat kawan baru. eh, tak rela u..


Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ingatkan kureng tu tak cukup semangkuk

    ReplyDelete
  2. aduh.... klu tempat makan tak sedap tak pe.. tapi klu pelayan pun sombong.. mmg takyah la nak pergi lagi kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!