LEMPENG KELAPA CICAH KARI AYAM DAN SAMBAL UDANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

BARU habiskan lempeng nan sekeping tinggal, baki sarapan pagi tadi. Dah beberapa hari teringin nak makan lempeng kelapa tapi serunya tak sampai-sampai, hahaha. Hari ni gagahkan jugaklah masak lempeng walaupun jam dah menunjukkan pukul 8, kahhhh.. macam tak biasa. Lagipun pagi-pagi ni masing-masing baru nak warm-up, macam kat pejabat jugaklah, pukul 8 masuk pejabat lepas tu keluar pergi sarapan, kui kui.


Sebab nak kejarkan WFH, Sk masak terus guna kuali, wowww.. dah macam kat kedai, hahahaha. Padahal lima keping aje lempengnya campur ada secoet baki adunan lempeng tu, kiranya 6 kali melempeng la. Ambil masa jugak, kan, jadi bila guna dua kuali boleh jimat masa, mana nak makan, ngemas lagi.. photo photo lagik, hahaha.


Camera eat first, cenggitulah konsepnya. Pusing-pusing mangkuk sama jugak ropenyer. Hari ni ada props rimbunan pohon la kengkonon menggamit kenangan makan sarapan di warung rimbunan cerry, hahaha.


Lebihan lauk kari ayam masak malam tadi. Belum sempat masuk dalam blog lagi, masa mencemburuiku 😝


Sambal udang punya cerita pun tak tulis lagi, ternyata masa benar-benar mencemburuiku
😜


Cicah sambal udang dulu lepas tu lagi sekeping cicah kari. Makan seorang sebab Iman awal pagi dah kelas online.


Selamat ber BDR, ber PDPR la semua ya

😍😍😍

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduhai... Sedapnya. Lempeng kalau sarapan tak habis, sampai ke petang saya boleh makan lempeng.. Sedap.

    ReplyDelete
  2. Uittt...peknga ke hari ni...hihihi
    Kaki ayam tu montoq betul..sukanya kalau dapat gigit..hihihi..
    selamat bee BDR

    ReplyDelete
  3. dapnyer lempeng.kaki ayam tu menggoda betul!!

    ReplyDelete
  4. Wah terer tu, 2 kuali sekali jalan :D

    Esok nak buat jugalah hehe...

    ReplyDelete
  5. Aduhai SK! Menggoda betul lempeng tu..peknga ooo pekngaaaaa!

    ReplyDelete
  6. cantek nya kejadian lempeng dia hehe...
    tapi kaki ayam tu x menahan seketul di situ haaha

    ReplyDelete
  7. sengaja akak ni tunjuk kaki ayam tu yek.. taulah sedap.. hahaha.. buat sup lg sedap kak... pastu ulam dgn kicap pedas

    ReplyDelete
  8. SA dah makan lempeng last week..lepas ni x ngidam dah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!