IKAN SIAKAP MASAK TIGA RASA YANG TERLAMPAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...


SAYUR yang tidak pernah jemu dimasak dan dimakan di rumah SK ni. Baby Kailan Goreng Sos Tiram. Tumis bawang putih cincang banyak-banyak hingga garing, lepas tu keluarkan separuh, masukkan sayur baby kailan dalam kuali tu, goreng kilas hingga sayur sedikit layu baru masukkan sos tiram. Hidangkan sayur ke dalam pinggan kemudian taburkan bawang putih goreng tadi, suka bila gigit bawang putih rangup-rangup tu.


Heronya Ikan Siakap Masak Tiga Rasa. Sejak sekolah lagi, Sk sangat suka menonton rancangan masakan. Tapi zaman tu taklah kenal Chef Mat Saleh lagi. Kebanyakannya adalah chef tempatan antaranya tentulah Chef Wan, kan. SK juga suka menonton rancangan masakan dari tv Singapura dan chef yang selalu beraksi adalah Chef Martin yang berasal dari Guangzhou. Sk suka tengok beliau memasak yang mana bahan masakan tu cuma akan disediakan semasa beliau memasak yang juga menjadi stail Sk jika memasak. Sampai sekarang, Sk tak boleh lupa beliau bedakkan ikan siakap dengan tepung sebelum menggoreng dalam minyak yang banyak. dah macam kuih tepung gomak dah ikan tu, hahahaha.

Cara yang sama Sk lakukan sebelum menyediakan Ikan Siakap Tiga Rasa ni. Ikan tu, Sk perap dengan serbuk lada sulah dulu sebelum dibedakkan dengan tepung jagung dan digoreng tenggelam. Sos tiga rasa Sk gunakan cili kisar, bawang kisar, sos tiram, sos tomato, sos cili dan sos plum. Jaranglah Sk masak tak sedap tiga rasa ni, hahahaha... tapiiiiii... disebabkan Sk tengok sos tiram tu macam tak berapa banyak lagi dalam botol, rasa sayanglah pulak, Sk pun tambahkan sikit air, goncang botol rata-rata dan tuang dalam kuali. Penyudahnya.......... hilang tiga rasa, jadi empat rasa, kahhhh.

Rasa sos tiram tu mendominasi terus masakan tiga rasa ni. Sk rasa, mungkin kesabaran memasak musim PKP ni dah sampai tahap maksima. Dah tak ada mood nak masak, dah letih, penat, jemu.. macam-macam la... aduyaiiiii!

p/s Terima kasih semua, blog Sk pagi ni mencecah 15 Juta PV.. 
Syabas! 1 Juta PV dalam masa lebih kurang 43 hari, sila tepuk bahu sendiri 😜😜😜😜


Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA PUN SUKA MASAK BABY KAILAN...KALAU KAT RUMAH NI GORENG IKAN MASIN..NANTI NAK CUBA CARA SK MASAK...IKAN SIAKAP 3 RASA PUN BEST..TP SA NGAN DANIA JE LA SUKA MAKAN...MAK DAH MUAK IKAN SIAKAP NI..

    ReplyDelete
  2. sukanya tgk kailan ni, sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  3. Cubalah yang 4 r 5 rasa pulak
    3 rasa dah biasa dengar

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. 14 juta dah PV... Kalaulah dapat tukar setiap 1 tu kepada rm kam. Sk... Hihihi

    ReplyDelete
  5. Perghhh penuh melandung kuahnya tu Kak.. sedap tuu..
    Tahniah Kak, blog makan-makan ni memang cepat naik PVnya kannn...

    ReplyDelete
  6. sedap belaka tu esp siakap 3 rasa tu. dah lama x makan di luar.

    ReplyDelete
  7. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
  8. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!