14 PUASA.. MAKAN DI JAWS SEAFOOD GREENLAND

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum... 

MULA dia suruh kita masak kari ayam, lepas tu Sk kata, nak makan di Senoko tapi Senoko tutup rupanya bila Sk whatsapp untuk tempah meja. Jadi, kenalah masak kari ayam. Lepas tu (berapa banyak lepas tu laaa), dia kata, makan di Restoran Yeo Sekeluarga la.. pun tutup jugak. Pergi pulak Medan Selera Kampung Md Amin, punyalah ramai orang beratur, pergi Ong Shun tutup, akhirnya kami makan di Jaws Seafood Greenland. Punyalah panjang sejarah nak berbuka di hari ke 14 puasa yang akhirnya kami berbuka dalam kereta. Nasiblah bawa bekalan kurma, kuih talam yang tak habis semalam dan sirap ais. 


Serahkan bulat-bulat pada Pak Inche untuk buat pesanan. Semestinya ada Chicken Lemon untuk Iman dan Salted Egg Sotong untuk Mak Inche. Makanan kegemaran Pak Inche tu haaa.. Siakap Stim Hong Kong. Menu kegemaran keluarga, Udang Butter. Menu wajib, Baby Kailan dan Japanese Taufu.
Semua shedapppppppp, terpaling sedap, Siakap Stim Hong Kong tu dan Chicken Lemon.

Burppp... Alhamdulillah....

Jaws Seafood Greenland Danga Bay
Jalan Ismail Sultan
80200 Johor Bahru,  Johor

019 6926070

Buka setiap hari
12pm - 12am


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. perghh..sotong nampak menarik...!!

    ReplyDelete
  2. Kelmarin dalam sejarah. Apa pula sejarah yang tercipta puasa 15 hari ini?

    ReplyDelete
  3. Panjang perjalanan pun berbaloi dapat makan sheddap....hihihi
    Alhamdulillah,murah rezeki

    ReplyDelete
  4. Meriah..semua sedap² nnt² akk nk terjah jaws jugk..😁

    ReplyDelete
  5. Sejarah SA lagi best..berbuka kat KTM minum air..terus ke Seremban Parade order mee goreng mamak kat tepi tu...berbuka la dengan linangan syahdu air mata..first time berbuka sedih giler macam tu ha...sebab apa? nanti SA share kat blog

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!