Assalamualaikum..
INI bukan pasal buntu nak masak apa untuk berbuka tapi teringin nak berbuka puasa ala bufet yang menghidangkan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa. Orang Malaysia tekaknya versatile, bila sebut jer Selera Malaysia, ia bukanlah bermakna masakan asal Malaysia tetapi Selera Malaysia melambangkan masakan yang diterima di negara kita. Dari masakan tradisi negeri-negeri di Malaysia sehinggalah masakan antarabangsa, orang Malaysia jarang-jarang menolak, betul tak?😝
Jadi, di mana agaknya boleh dapat hidangan bufet yang melepasi syarat tersebut, tentulah Selera Malaysia Buffet Dinner yang kini berlangsung di Thistle Johor Bahru sepanjang Ramadhan tahun ini. Jangan risau tentang penjarakan fizikal kerana ia diadakan di Orchid Ballroom yang sebesar alam tu, hehehe.
HARGA NORMAL
👨👩👧👦 RM118 dewasa / RM58 kanak-kanak
🗓 13 April 2021 - 12 Mei 2021
⏰ 6.30pm - 10.00pm (Isnin hingga Ahad)
📌 Orchid Ballroom, Thistle Johor Bahru
🎻 Persembahan Biola Istimewa oleh Aqmal Daniel dari 17 April hingga 9 Mei 2021
🚘 Tempat letak kereta percuma
☎ 07-222 9234 / 07-267 8999
📞 012-789 2092 (WhatsApp)
📧 salesthistle.johorbahru@thistle.com.my
fnbcoordinator.jb@thistle.com.my
#ThistleJohorBahru #SeleraMalaysia #buffetdinner #earlybirdspecial #tasteofhome #aqmaldaniel #thestyloviolinist
Mak aaaiii.... begini banyak menu yang sedap, agaknya saya boleh tidur terbongkang di Orchid Ballroom sebesar alam tu... sebab nak rasa setiap hidangan!
ReplyDeleteBila la nak dapat cabutan bertuah pakej berbuka puasa buffet di hotel..hihihihi
ReplyDeleteDulu pelikkk tengok roomate asal Batu Pahat makan pisang goreng dengan sambal kicap, tapi lama lama dah join dia sekali cicah dengan sambal kicap hahaha.
ReplyDeleteaduhh teringin pulak lemang bila tengok gambar lemang akak tu!
ReplyDeleteSeronok banyak menu. Pelbagai pilihan. ni kalau PC mahu ulang alik ke tempat aiskrim potong tu je.
ReplyDeleteByknya menu diaaa..
ReplyDeleteRamainya juadah
ReplyDelete