Assalamualaikum...
LARI dari kesibukan kota, chewah.. ayat.. hari Sabtu, kami mengambil keputusan berbuka puasa di Desaru dan Tunamaya menjadi pilihan. Seperti kebanyakan bufet berbuka puasa di tempat lain, di sini juga ada Kambing Golek, tapi kalau tengok pada saiz, cuma sebahagian badan kambing sahaja yang digolek, hehe. Lembut daging kambingnya dengan tiga pilihan sos iaitu bbq, mushroom dan blackpepper.
Berselera betul mengambil lauk setelah menempuh perjalanan jauh, hehe. Yang menimbun tu sebenarnya sayur kacang panjang, memang suka sangatlah makan sayur kacang ni. Terdapat dua pilihan nasi iaitu nasi beriyani dan nasi putih dengan lauk ayam goreng berempah, ikan pindang, sotong kunyit, kari ketam, sayur kacang panjang dan pelbagai jenis sambal belacan.
Ada juga kuey teow goreng, mee sup Terengganu ala mee celup (yang ni Pak Inche kata sedap), murtabak, roti jala, roti canai, pulut, serawa durian dan macam-macam. Minuman panas dan sejuk, teh tarik dia.. wallawehh! Yang tak ada, makanan hari raya dan sate.
Langit mendung, laut pun kelabu.
Ngences tengok kambing golek.
ReplyDeleteNak kambing golek dengan sos black pepper!
ReplyDeleteDalam banyak- banyak...kambing juga terkenang dijiwaku...
ReplyDeleteSelamat bebuka puasa
ReplyDeleteSA memang ngidam mee celup..sampai sekarang..hari tu dapat tapi x sedap..lebih banyak minyak
ReplyDeletesate tak ada ek..jarang2 sate tak ada dalam hidangan bufet ramadan..
ReplyDeleteKambing golek ada sebagai pembuka selera.. Huhuu
ReplyDelete