KETAM BERCILI.. LAUK BERBUKA 12 PUASA DAN KISAHNYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

SEBELUM muka berpuasa lagi, Pak Inche sudah terasa-rasa nak makan ketam tapi Sk cakap, bulan tengah gelap. Orang kata, masa bulan gelap, ketam tak ada isi, kalau nak beli tunggulah bulan terang atau pertengahan bulan puasa nanti. Jadi, bila semalam, beliau menyebut lagi tentang ketam, Sk tidak membantah. Bila dapat green light, laju-laju Pak Inche ke Pendas hendak menangkap membeli ketam. Pendas memang port baik untuk penggemar seafood macam Pak Inche.

Sk pesan, cari ketam betina, pilih yang besar-besar. Sekali, ketamnya cuma sebesar tapak tangan Zulaikha aje. Tapi masih ada beberapa ekor terkapai-kapai lagi seolah-olah minta dilepaskan dari getah yang mengikatnya. Disebabkan lambaian ketam tu dah lemah beno, Sk pun tak naklah buang masa nak menyiangnya. Cepat siang, cepat bersihkan, cepatlah dapat berehat. Lalu Sk gunting hujung kaki ketam seekor demi seekor. Tiba masa nak buang helmet ketam, satu demi satu Sk kopek sampailah ketam yang ke berapa ekor agaknya, ketam betina yang sedang mengandung menampung hampas telur pada helmetnya tu.. Sk perasanlah dia gerakkan sepit dia tu dan dalam sekelip mata... .. meraungggggg kena sepit ketam... oiiiii.. tak padan kecik... terus Sk tinggalkan ketam-ketam lain suruh Pak Inche selesaikan sampai habis, hahahaha... merajuk kena sepit 😜


Panjang kisah ketam, ntah yang mana menyepit kita tu.. selamat dah masak cili. Cara memasaknya hampir sama dengan cara nak masak sambal tumis tapi tambahkan cuka bagi menggantikan pes asam jawa. Selepas tutup api, boleh taburkan daun ketumbar bagi membangkitkan  aroma seperti masakan di Chinese Seafood Restaurant.  

Semasa memyiapkan juadah sahur pagi tadi, rasa pelik kenapa hujung jari sakit macam luka. Puas memikir kena pisau ke, kena kaca ke.. tak dapat jawapan. Masa buat kerja di pejabat, asyik terjerit sakit bila terlanggar fail atau meja. Lama-lama baru teringat, padah menyiang ketam hidup-hidup semalam, maafkan Mak Inche, ketammm.. rasakan pembalasan, hahahah.. nasib baik sedapppp 😍😍😍


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduhhhhh,sakitnya kena sepit dengan ketam.Orang kata kalau nak cepat baik,makan ketam yang sepit tu...hihihihi

    ReplyDelete
  2. Wak kalau masak ketam betina tak buang helmetnya
    Buang tahinya aje.
    Sayang telurnya yang penuh kat dalam helmet tu.

    ReplyDelete
  3. alahai lama ni tak makan ketam tau

    ReplyDelete
  4. Ayo bergabung di IONQQ dan nikmati deposit/withdraw yang cepat tanpa harus menunggu lama
    IONQQ menyedikaan bonus rollingan 0.3% dan referral 20%
    Ayo segera bergabung bersma kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  5. ya Allah...tu la benda saya paling takut pasal ketam..ahahhahaha

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaaaa...dari last week cari ketam kat pasar..takde plak...tgok ni..alaaaa...meronta- ronta nak ketam ha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!