BUBUR JAGUNG BERSAGO

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

DALAM pada malas memasak semalam, terjadi juga Bubur Jagung Bersago. Dah lama teringin nak buat tapi sebab ada banyak benda lain dibuat, maka tak terbuat-buat, hihi. 


Semua bahan pun dah ada di rumah termasuk sago tu memang antara bahan yang selalu Sk restock setiap kali kehabisan. Sago tak ada dalam gambar, hehe.


Yang selalu membantutkan hasrat nak masak ialah malas nak hiris gula melaka tapi masa program Jombiz di Tangkak hari tu, Pak Inche bawa balik Gula Melaka Peroi ni.


Memang memudahkan kerja la, tapi mungkin tak sesuai nak buat onde-onde jer, hehehe.


Jagung dalam kotak, biasanya beli yang dalam tin. Sedap jugak yang ni, biji jagungnya besar-besar dan cantik.


Bubur Jagung Bersago

1 kotak jagung biji
2 sudu biji sago
Daun pandan
1/2 kotak Santan 
Air secukupnya
Secubit garam
1 senduk gula melaka peroi

Cara-cara :

1. Masukkan jagung bersama airnya, sago, gula melaka dan daun pandan dalam periuk, tambah air secukupnya dan masak hingga mendidih.

2. Masukkan garam dan santan, kacau sehingga mendidih lagi sekali.. tutup api.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bab jagung memang kita suka sangat ni! Haruskah aku terjah dapur sekarang ini untuk buat bubur jagung bersagu.... sedap sangat dibuat buka puasa!

    ReplyDelete
  2. Woww.. mak saya pun suka nih!!!

    ReplyDelete
  3. wahh jagong bubur bersago manis potong kaki tak ni cik kak? huhuhu

    ReplyDelete
  4. sedapnya dibuat pencuci mulut...

    ReplyDelete
  5. Bestlah gula Melaka peroi gitu...senang nak sudukan dlm masakan.

    ReplyDelete
  6. Oh,sukanya bubur jagung bersagu.Mesti lagi sedap dr guna jagung segar sebab tak ada serabut keras tu

    ReplyDelete
  7. Sedappppnyaaa, makan panas panas lagi sedappppp.

    ReplyDelete

  8. berbagai bonus besar menanti di IONQQ
    ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  9. SAa kalau buat bubur jagung suka letak gula pasir..x berapa suka buat guna gula melaka..pas tu santan mesti yang dari buah kelapa betul..hantar kedai parut dan ramas amik santan sendiri...mengada kan..ada yang mudah nak leceh2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!