IKAN KURAU PANGGANG KUALI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

SAMBUNG kisah pasal rajin.. 


Dalam sibuk mendobi, sempat masakkan lauk kegemaran Iman, Ikan Panggang Kuali. Mengenangkan ada sekeping lagi ikan kurau yang goreng pun sodap, mesti lebih sedap jika dimasak Panggang Kuali.

Ikan Panggang Kuali

Bahan-bahan:

Sebarang jenis ikan laut, digaram kunyit dan digoreng hingga masak

1 biji bawang besar merah dikisar
1/2" halia diikisar
2 sudu cili kisar
1 barang serai diketuk
1/2 cawan air
1/2 kotak santan
1 asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Panaskan minyak lebihan goreng ikan tadi, tumis bahan kisar dan serai sehingga terbit minyak.

2. Tambahkan air, kacau sebati. Kemudian masukkan santan, kacau sekejap.

3. Masukkan ikan yang digoreng tadi serta asam keping, biar merenih sebentar, masukkan garam secukup rasa.

4. Siap!



Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ikan kurau ni camne eh rupanya???

    ReplyDelete
  2. fuh, lama tak makan ikan kurau ni, macam dah lupa kewujudan ikan kurau hehe

    ReplyDelete
  3. simple je masakan nya..senang bela la iman ni..hahahah

    ReplyDelete
  4. Baca entry ni dalam bas buat SA lapar tiba2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!