Assalamualaikum...
RAJIN bonda masak?
Tegur Iman masa keluar bilik selepas tamat kuliah dalam talian hari ini. Apa tidaknya, walaupun Jumaat merupakan hari cuti, jangan haraplah Sk akan memasak untuk makan tengahari. Paling rajin, panaskan lauk-pauk lebihan dalam peti sejuk jika ada. Yang teramat rajin keluar beli nasi padang di restoran nasi padang belakang rumah, tu pun naik kereta 😜
Rutin hari Jumaat tentulah mendobi. Sambil tunggu kain dalam mesin basuh, sambil lipat kain baju yang tak sempat dilipat masa hari bekerja. Sekarang ni, tiap malam sebelum tidur usahakan jugak untuk melipat kain baju setakat yang terlarat. Penat la asyik nak kena menyelam kalau nak cari barang dalam... kahhhh.
Hari ni hati berbunga tengok cuaca panas. Selesai dua pusingan mesin sebab sebahagian basuhan dapat dijemur tengah panas. Sk tak cuci baju hari-hari sebab cuaca sekarang tak menentu. Kalau hujan petang, kain baju sejuk di ampaian. Maknanya, kain baju kotor dalam balik kena tunggu kain baju di ampaian kering.
Bersambung...
SA tgok masakan tu semua terus rasa amboiii...sedapnyaaaa
ReplyDeleteTahniah,kerana rajin...Hihihihi
ReplyDeletesaya nampak sambal belacan je tu...
ReplyDeletemerah menyala hehee
Lauk simple pun tetap nampak menyelerakan nak nak sambal belacan tuuuu.
ReplyDeletehehehehe ! bukan senang nak rajin ni kan
ReplyDeleteLawak part menyelam tu. Hahahaha sebab kita pon kalau dah menggunung tak larat nk lipat. Biasalah tu ada R ada masa M
ReplyDelete