Assalamualaikum...
BAGUS jugak Iman minta babah tapau Ikan Bakar Tip Top sebab Sk pun dah buntu nak masak apo? Hahahaha, baru tiga hari dah buntu, belum lagi tiga belas hari.
Pak Inche mintak Sk masak Kangkung Goreng Belacan. Dalam hujan singgah kedai Haji ASK beli kangkung seikat, kurus betul kangkung agaknya sebelum ni cuaca panas kan. Balik rumah terus siang kangkungnya, pukul 6.30 baru goreng supaya tak lebam sangat masa berbuka.
Kangkung Goreng Belacan
1 ikat kangkung
3 bawang merah dimayang
3 bawang putih dimayang
1 cili merah dihiris
1 ketul belacan sebesar ibu jari
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Siang kangkung, cuci dan toskan
2. Panaskan kuali, goreng belacan tanpa minyak sebentar, keluarkan dari kuali dan letak sedikit air, hancurkan.
3. Dalam kuali yang sama, panaskan minyak, tumis bahan yang dimayang dan dihiris hingga layu.
4. Masukkan air belacan tadi, kacau sebati.
5. Masukkan kangkung, kacau sehingga sebati dan kangkung masak, tutup api.
Ikan Pari Bakar Sambal. Kali ni beli dari gerai Tip Top yang kat tengah. Puas hati sebab sambalnya banyak. Pak Inche beli dua keping, sekeping buat makan sahur. Huhu.. nasib tak terlepas sahur bila Sk tertidur semula lepas matikan alarm. Mujurlah masjid kat rumah ni akan azan untuk kejutkan sahur jam 5 pagi. Tu tersedar dengar bunyi azan, punya terkejut ingat dah subuh, tengok jam baru pukul 5. Macam lipas kudung la kita kat dapur, 10 minit siappp semua atas meja, syukurrrr!
Alahai..risau kalau terlajak tido lepas tutup alarm..Apa SA buat...ada 2 hp...set selang2 time....phone dania pun set, phone abah ngan mak pun set...selamat....sedap plak tgok ika pari bakar tu
ReplyDeletePH set alarm selang 15 minutes. Tapi bila dah bangun tu matikan semua yg dah diset tu. Kang asyik berbunyi pulak hehe...
ReplyDeleteSedap nampak pari bakar tu 😋
Bahaya ooo kalau alarm bunyi tapi dimatikan...sebab oernah juga macam tu.hihihi..
ReplyDeleteTeringat dulu- dulu guna jam loceng
Saya pun risau kalau tertidur semula selepas matikan alarm. Tu pasal kalau bunyi alarm, mata masih terpejam, hoyong-hayang cari jalan ke dapur nak masak sahur.
ReplyDeleteNasibbb baikk sempat bangun sahur, risauu betul kalau tidur "sekejap" lepas off alarm
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteNampak sedap ikan bakar tu. Semalam mencari juga kat bazar.hajat nak cari ayam percik tapi tak ada yang menjual
ReplyDeleteagen dengan 100% player vs player hanya di IONQQ :)
ReplyDeleteWA : +855 1537 3217