Assalamualaikum...
SEHARI sebelum puasa, memandangkan hari isnin Pak Inche biasanya akan singgah ke pasar malam, jadi Sk beritahu agar Pak Inche beli sedikit lauk. Sk akan masak nasi di rumah dan masak Sotong Goreng Kunyit kerana khuatir (khuatir ko) lauk-lauk pilihan Pak Inche tiada yang kena dengan tekak Iman.
Sebenarnya nak masak Sotong Masak Hitam tapi Iman tak berapa minat, jadi kita buat goreng kunyit jer la..
Dah berapa kali asyik masak Bayam Brazil sampai Pak Inche tanya Iman, kenapa rumah kita banyak sayur bayam? Hahaha. Pak Inche kurang minat bayam, dia suka kailan dan pak choi jer. Bayam Brazil ni ditanam Izzat, anak saudara Sk tu di dalam tong polisterin. Bertong-tong jugak la beratur tepi rumah sampai merimbun-rimbun tak habis makan.
Macam ni la dia kalau kita pesan beli lauk.. tetiba rasa macam nak berbuka puasa padahal esoknya barulah hari pertama puasa. Jadi, kita feeling la pra berbuka.
Aduh, penuh meja.. tu takpa, penat cuci mangkuk.
Hati dan pedal ayam goreng kunyit
Paru berlado... manis bergula ni
Ayam goreng pun beli
Kari daging.. yang ni okeylah, sebab Sk masak tak berkuah kan..
Sambal belacan beli.. dan timun sebatang, huhu
wah siap ada pra berbuka lagi tu :p curlasssss..
ReplyDeleteTudiaaa.... pra berbuka dengan lauk-pauk yang macam2 dan pinggan yang cantik mengancamm!
ReplyDeleteTudia....pra pun dah macam during...hihihi
ReplyDeleteSiap ada pra berbuka ye SK hahaha, amazing!
ReplyDeleteBukan main ada pra berbuka ha..alahai hati ayam tuh buat SAa craving laa
ReplyDeletepermainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
ReplyDeleteWA: +855 1537 3217