Assalamualaikum...
KADANG-KADANG kita sebenarnya bukan lapar tapi bosan.
Haaa.. tu cerita kalau di rumah, asyik nak cari makan di dapur. Kalau dah tak ada apa, didihkan air (kami tak ada kowe, kuko atau apa-apa seumpamanya 😝), bancuh kopi, celup biskut kaka. Paling hebat, masak ramen la.. hahahaha.
Jadi, disebabkan terlanjur dah berada di luar kawasan masa hari Sabtu tu, Sk terus teringat untuk mengajak Iman ke The J Seri Alam yang terletak di Bandar Seri Alam. Kalau dari rumah Sk, semata-mata nak ke BSA ni memang idok ler.. jauhhhhh dan jammed pulak lagi. Bak kata Iman, rasanya kali akhir ke BSR ni masa tu nak makan di Der Cabin, lepas tu macam tak ada lagilah datang situ semata nak makan.
The J ni merupakan sebuah medan selera di bawah satu bumbung yang bukan dalam mall. Yang bestnya di sini, kita tak perlu untuk bergerak memilih makanan dari satu stall ke stall lain. Selepas mendapatkan meja, kita akan diberikan satu buku menu merangkumi semua stall di The J dan kertas pesanan. Selepas menulis pesanan, bawa pesanan tu ke kaunter untuk bayaran, lepas tu tunggu jer makanan dihantar ke meja tak kisahlah dari stall mana pun. Cakap ajalah nak makan apa, semua ada dari masakan tempatan, western, arabian, indian, korean.. semua ada la...
bakso beranak api eh....
ReplyDeletesedap makan panas2, pedas2.. perghh nikmat dia lain machiam hahaha
wak pon baru smpi sekali the J nih.. 😅
ReplyDeleteKreatif betul nama menunya, bakso beranak cili hahaha
ReplyDeletewow menarik
ReplyDeletetp bila la dpt jln2 ke johor ni he heee
Selamat menjamu selera
ReplyDeleteVersi nadi kerabu tu...alahai kalau akak tak tau nk pilih
ReplyDeletekalau bawa family ke area sini best ni
ReplyDeleteada 9 permainan poker menarik di AJOQQ :D
ReplyDeleteayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
WA : +855969190856