NASI GORENG AYAM DAN MURTABAK MENU SAHUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...


PAGI ini menggigihkan diri menggoreng nasi sepinggan sambil memanaskan murtabak daging yang Pak Inche beli dari pasar ramadhan semalam. Kalau ikutkan memang malas nak menggoreng nasi tapi sebab tekak sendiri yang teringin. Macam biasa, wajib ada teh o panas ketika bersahur, baru berselera nak makan. Tapi Sk sajalah yang selera selalu nampaknya, besok-besok hadap roti sajalah, malas dah nak menyusahkan diri.

Pagi ini, menerima berita pulangnya ke rahmatullah seorang abang sepupu yang kami panggil Abang Akib. Teringat dulu selalu singgah kedai makan beliau yang terletak di antara public bank dengan city square. Terngiang suara Abang Akib yang suka mengusik. Isterinya juga murah senyuman namun isteri Abang Akib terlebih dahulu pergi.

Semoga Allah swt mengampuni segala dosa arwah dan menempatkan rohnya di kalangan orang yang beriman dan beranak soleh.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.


Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. antara pendorong kegigihan, semestinya tekak sendiri hehe

    ReplyDelete
  2. Terasa segar pula kalau ada minuman panas time bersahur.
    Salam takziah buat keluarga Abang Akib atas pemergiannya di bulan mulia ini.

    ReplyDelete
  3. Sama taste dengan mak saya bab menyediakan teh 0 setiap kali sahur.Menurun kepada saya juga..hihihi

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nasi goreng ayam
    Salam takziah buat keluarga abg akib.

    ReplyDelete
  5. terus saya teringat nasi goreng ayam sambal. sedapnya lahai

    ReplyDelete
  6. menang dengan mudah bermain di IONQQ
    ayo segera daftar dan coba
    WA; +855 1537 3217

    ReplyDelete
  7. innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..hari ni pun abah kepada rakan blogger, Shida Anwar, meninggal dunia..ramai yang meninggal dalam bulan Ramadan tahun ni..

    ReplyDelete
  8. pernah gak sahur buat nasi goreng...sedap dan laju je makan ngan ikan masin goreng

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!