Assalamualaikum...
BOSAN jugak setiap hari berbuka dengan nasi putih berlauk, maka SK dengan rajinnya menawarkan diri untuk memasak nasi ayam sebagai menu berbuka semalam. Pak Inche yang sudah kebuntuan idea laju-laju angguk kepala. Dia memang peminat nasi ayam Sk nombor satu, hehehehe. Semalam jugak, Pak Inche ada program Jombiz di Tangkak, jadi mungkin dia pun malas nak fikir. Yang penting, sampai rumah ada makanan untuk berbuka.
Ayam memang ada banyak stok dirumah. Ada yang potong empat, ada yang potong doblas. Lepas sahur, Sk asingkan dua bekas ayam yang perlu defrost nanti oleh Iman. Sk pesan berkali-kali, rendam kedua-dua bekas tu yang Sk yakin beno dalam satu bekas yang rendah sikit tu ada sekeping ayam dan dalam bekas yang tinggi tu ada dua keping ayam yang masing-masing dipotong empat.
Macam biasa singgah Kedai Runcit Haji ASK beli salad, timun, daun bawang, stok ayam dan rempah tumis. Sebenarnya yang habis, kulit kayu manis, tapi tak jumpa pulak yang dijual berasingan. Dah masuk kereta, baru teringat tak beli tomato, haishh.. mana boleh masak nasi ayam tak ada tomato. Singgah la kedai runcit lain,nak beli tomato, nampak pulak pisang, beli pisang setengah sisir.
Lepas tu teringat, pasir kucing habis. Singgahhhh pulak Pet Shop. Hurmmm.. terus rasa lemah gemalai badan, hahaha. Sampai rumah, Iman kata, dia rendam satu bekas aje, wah, terus angin pus pus aku datang, hahahaha. Tengok, yang defrost tu ayam potong doblas, rupanya Sk pun salah bekas ayam jugak. Terus defrost satu bekas lagi, oh yang tu potong empat. Jadi, saiz tak sama, terpaksa potong kecik yang tu, kalau tak nanti takut masak tak sempurna.
Siap rebus ayam, baru boleh masak nasi dengan sup. Sambal cili masak atas dapur, kali ni buat ngam-ngam aje tak nak lebih-lebih. Harap berjimatlah mereka letak sambal cili tu, haha.
Nasi dah kering. Sk guna Basmathi Pusa Cream 2 cawan dan 4 cawan air rebusan ayam. Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji pelaga pakai campak aje dan seketul pati ayam knorr. Bila nasi mula mendidih, aroma dia dengan bau daun pandan tu, mencabar perasaan betul, hahaha.
Sampai waktu berbuka, Pak Inche belum balik lagi. Baru sampai pejabatnya di Uda, bertolak dari Tangkag pukul 5. Jadi, Sk berbuka berdua sahaja dengan Iman. Dah siap kemas semua, baru Pak Inche sampai. Memang tak bawa apa-apa makanan dari pasar ramadhan seperti kebiasaan seorang Pak Inche, hahaha. Tapi bawa buah tangan dari client, pelbagai jenis bahulu, bahulu gulung, maruku, kek marble, gula melaka dan minuman 3 ini 1. Jadi, sambil teman Pak Inche makan, Sk belasah makan kek marble, haha.
Suruh Iman sediakan ayam dan salad. Lepas tu terkejut tengok dia potong timun macam nak buat ulam, lagi sekali bonda picit kepala, tahan aje la mulut ni.. hahaha.
Iman kata, nak Ais Jagung. Bancuh guna krimer manis jagung, produk susu keluaran saji. Sk dah cuba banyak krimer berperisa saji ni antaranya coklat, sirap bandung dan tembikai susu. Yang paling sedap,
tembikai susu tapi dah lama tak jumpa di pasaraya. Krimer manis saji ni, kalau nak sedap kena bancuh terus setin tu dengan satu liter air, baru menjadi rasanya. Satu lagi, kalau bancuh sikit-sikit, baki susu tu pindahkan ke bekas kaca, supaya tekstur susu tu tak berubah. Itu yang Sk buat setiap kali buka susu krimer manis atau susu pekat, baru tahan lama sebab brand saji ni mudah berketul bila simpan dalam peti sejuk.. gituhhhh.
Ada yang nak resepi
Nasi Ayam Hainan Sk, bolehlah pilih-pilih
di sini. Cuma kali ni Sk gunakan kiub pati ayam, biasanya Sk bubuh garam biasa aje, hehehe.
nyum2 rejeki di bulan ramadhan tuuh., ;p
ReplyDeleteAlhamdulillah.. hihi
DeleteWaduh... waduh... Nampak sedap. Ayaq jagung tu menggoda sangat!
ReplyDeletePinggan mangkuk beli mana SK? Lawa :p
hehehe.. mekaceh. Beli campur2 tempat PH, yg mana ada sale baru beli, ada kat IG, ada kat shoppe, nt kita share link ya
DeleteBestnya nasi ayam hainan...memang fav i tuh
ReplyDeletesenang, rebus ayam jer bleh makan dah, hehe
Deletetelan ailio nampak nasik ayam tu.. tapi kerajinan memang lah tak de masa ni!
ReplyDeletesedapnya nasi ayam
ReplyDeleteSedappppnya nasi ayammm, lama tak makannn.
ReplyDeleteNampak sedapnya nasi tu.Saya pun suka susu saji perisa tembikai susu.wangi je kan
ReplyDeleteBanyak dah koleksi adik-beradik cik port nampak heheheee.
ReplyDeleteIONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami
WA : +855 1537 3217