Assalamualaikum...
KONON-KONON semalam nak berbuka di Mutiara Hotel setelah percubaan untuk menempah slot berbuka pada Sabtu lepas gagal. Tu la yang membawa diri sampai ke Desaru, hahaha. Terkejut jugak apabila diberitahu, bufet ramadhan di Mutiara cuma ada kekosongan pada 19 dan 20 April sahaja. 19hb kan Sk berbuka di Thistle jadi macam nak pergi 20hb tu. Sajalah nak berbuka puasa di Mutiara sebab tahun ini merupakan tahun terakhir ia beroperasi dan harga bufetnya agak okey jugaklah. Sk juga diberitahu, ramai chef legend dipanggil semula pada bufet ramadhan tahun ini. Tapi, nasib baiklah jugak tak terus confirm tarikh 20 tu bila mana Pak Inche pulak mendapat undangan berbuka dari IRDA. Nampaknya memang tak ada rezekilah nak berbuka di Mutiara.
Dalam masa yang sama, ada satu program CSR Ikea Tebrau bersama anak yatim yang sepatutnya diadakan di Ikea Tebrau telah ditukarkan ke rumah anak yatim itu sendiri di Kampung Pasir. Sk pada awalnya memang tak letak nama untuk join tapi bila ia dah bertukar lokasi yang dekat dengan kolej dan laluan balik rumah pulak, rasa nak join la, lagipun program tu sekejap jer dari jam 4 hingga 5. Jadi, semalam, dapatlah Sk bersama Sis Lin dan Aku Ain Kau Siapa serta Abang Champ 'Saya Di Johor' bersama-sama staf dari Ikea Tebrau mengunjungi Rumah Anak Yatim Shafar.. haa.. yang ni nanti Sk blog ya.
Bila dapat tahu babahnya tak berbuka di rumah, Iman kata nak makan Mekdi jer, nak Chicken Foldover katanya. Jadi, Sk beli satu Beef Foldover untuk Sk. Sampai rumah, buka beg kertas tu, nampak satu Chicken dan satu lagi fish.. ehhhh.. orang minta beef dia bagi fish pulak. Rupa-rupanya, printed jer fish, tapi dalamnya beef, agaknya sampul beef dah habis. Lepas tu, Iman kata.. dia pesan beef. Eh, bukan nak chicken ke? Ahhh.. nasib baiklah bonda tak cerewet, jadi Sk makan jer chicken. Iman kata, meh rasa sikit dia punya beef, jadi Sk bagi rasa chicken. Iman kata, chicken rasa juicy, beef kering sikit.. iyolah tu..
Biskut raya depan tu beli dari kawan fb. Bukan beli untuk raya tapi saja nak makan lagipun jatuh hati tengok gambar yang dia post dalam fb. Inilah juadah berbuka Sk dan Iman semalam. Kalau ke Mekdi mesti nak Apple Pie walaupun sekarang ni ada Mango Pie kan, tapi Sk lebih sukakan Apple Pie.
Setiap kali berbuka dan bersahur, wajib ada air panas dan air sejuk. Semalam Sk buat Teh Tarik, 8 hari puasa dah dua kali buat teh tarik selebihnya buat Teh O jer, pun dah rasa nikmat beno hirup masa berbuka tu.
Sambil makan biskut raya, sambil hirup teh, memang laju la.. Sedar tak sedar, biskut dah susut, memang tak sempat la tunggu raya, haha.
MAKAN jgn x makan dibulan puasa., hehehe
ReplyDeleteMakan adalah heaven kan...SA notice berat badan ni x berganjak walau puasa..hurmmm
ReplyDeleteAlhamdulillah....rezeki
ReplyDeleteBiskut tu nampak menariknya.Cantik bekas,menarik isinya.Pasti tak kalah rasa nya juga kan
Biskut no 2 dari depan tu biskut cornflakes ke... saya suka!
ReplyDeletemenang dengan mudah bermain di IONQQ
ReplyDeleteayo segera daftar dan coba
WA; +855 1537 3217