UDANG MASAK LEMAK CILI API DENGAN BAYAM BRAZIL DI PUASA KEDUA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...


SATU-SATUNYA lauk yang dimasak dan dihidang untuk berbuka puasa hari kedua Ramadhan 1442H. Oh, lupa, sebenarnya ada dua lauk yang dihidangkan. Satu.. Udang dengan bayam brazil macam dalam gambar ni la.. satu lagi lauk udang yang tak ada bayam brazil, hehehe. Sebab, dua beranak tu tak suka udang campur sebarang bendasing. Tapi, sebab Sk sukakan sayur dan bayam brazil ada lagi stoknya, jadi lepas asingkan lauk mereka berdua, Sk tambahkan bayam brazil untuk lauk SK. Untuk resepi masak lemak cili api, macam selalu, Sk ikut stail nogori iaitu hanya menggunakan kunyit hidup dan cili api, halia dan serai yang diketuk. Macam dah tak reti pulak masak lemak cili api guna bawang sebab dah lama tak buat cam tu.

Udang Masak Lemak Cili Api dengan Bayam Brazil
Resepi : Alam Sari

1 kilo udang saiz sederhana atau besar

1 batang serai diketuk

1/2" halia dikisar 

1 ketul kunyit hidup sebesar ibu jari  dikisar

Segenggam cili api kampung dikisar

1 kotak kecil santan 

Air secukupnya

2 asam keping

2 cekak bayam brazil

garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Bersihkan udang, belah belakang dan buang urat hitam.

2. Masukkan bahan kisar dan serai ke dalam periuk. Panaskan sehingga cili masak, tambahkan air sedikit bila bahan kisar agak mengering.

3. Campur setengah kotak santan dengan air secukupnya, jangan terlalu cair dan tuangkan dalam periuk. 

4. Kacau sehingga hampir mendidih, masukkan udang, asam keping dan garam.

5. Masukkan bayam brazil, tenggelamkan dalam kuah.

4. Tambahkan baki santan yang ada dalam kotak, kacau sehingga mendidih dan udang masak. Tutup api, siappp!


Haaa.. mesti pelik, kan.. Pak Inche tak beli lauk kat bazar ramadhan ke semalam? 
Tu nanti SK cerita. 

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap ni . Lauk dua dalam satu. Ada sayur Ada udang. Tak perlu masak asing-asing. PC suka macam ni.

    ReplyDelete
  2. Mengancam betul lauk lemak udang tu

    ReplyDelete
  3. Wah,saya suka ni lauk macam ni.Gu dengan ikan masin pun dah cukup ngam...

    ReplyDelete
  4. Bayam Brazil Pak Zain banyak lagi tu...merimbun dalam pasu..menarik ni..stok udang harimau pun banyak lagi...boleh la buat..

    ReplyDelete
  5. Laukkk terpaling favorite ni, udang masak lemak cili apii. Sedapnyaaaaaaaa.

    ReplyDelete
  6. Besaunya udang! Time makan bubuh kuah lemak banyak-banyak atas nasi...sedap!

    ReplyDelete
  7. disebabkan tengok akak pos la ena masak.hahaha. tapi versi bayam brazil campur pecahkan telur je. sedappp.

    ReplyDelete

  8. IONQQ menyediakan permainan poker, domino99, bandarq, bandarpoker,aduq,sakong,perang bacarat dan capsa :D
    ayo ditunggu apa lagi
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!