Assalamualaikum...
MENDAPAT mandat sepenuhnya membeli juadah berbuka di pasar ramadhan, cekap sungguh Pak Inche menjalankan tugas. Seronok juga tak memasak ni rupanya, perut kenyang hati senang, gituh. Badan pun tak penat, makan terus dari mangkuk tapau pulak 😅 jadi tak payah cuci pinggan.
Alhamdulillah, dapat berbuka dengan Laksa Johor di hari 11 puasa. Keliru jugak masa buka penutup bekas laksa ni sebab nampak macam Laksa Penang dengan timunnya yang dihiris batang mancis serta cili potong. Laksanya spaghetti, ada taugeh dan sambal belacan. Hurmmm.. macam kecewa mulanya tapi bila siap je ke mulut, sedap dan tidak mengecewakan. Sk menghirup kuahnya sehingga ke titisan terakhir. Cuma RM6 sahaja dengan portion yang banyak juga.
Di gerai yang sama, Pak Inche beli Nona Manis dan Seri Muka. Nona Manis sedap tapi agak lembik hijaunya tu. Seri Muka tu, speechless, terlalu sedap.. dan Sk memang salute la orang buat kuih dalam bekas comel macam ni.
Iman pesan nak Nasi Kerabu lauk Daging Bakar. Kakak yang jual tu tanya, solok lada nak? Lurus Pak Inche jawab tak nak, hahahaha.. kecewa Iman makan nasi Kerabu tak ada solok lada, hihi. Macam biasalah, tak boleh lawan Nasi Kerabu Kak Yah.
Pak Inche nak makan Nasi Beriyani. Ada daging Beriyani, dalca dan acar jelatah. Lepas tu dia tambah lagi kari tulang kambing yang dibeli dari gerai lain, sabar ajelah.
Bulan puasa pun ada bola ya. Bola start pukul 10 malam, habis pukul 12, sampai rumah 1.30 pagi, dia makan Laksa Penang pulak.
Kak Maznah Restoran yang dekat dengan pejabat Pak Inche bagi bubur lambuk. Jadi, malam semalam, Sk ke Senai, hantar bubur lambuk ni sebab tahu mesti tak makan punya dan bubur jagung. Hurmmm.. selesai satu perkara, ada lagi satu perkara.. nanti sambung
😝😝😝
Kuih hijau tu, yang satu isi putih kuih nona manis, yang satu bawahnya putih nama seri muka. Kreatif sungguh orang kita buat kuih ya.
ReplyDeleteBetul Sk, best beli luar sebab tak payah masak hahaha, lagi best makan terus dari bekas yang memang dah disediakan masa membeli :P
ReplyDeleteNimat apa lagi ya g nak didustakan....
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Semua sedap SK oi...
agen dengan 100% player vs player hanya di IONQQ :)
ReplyDeleteWA : +855 1537 3217
Baxaar mana sk beli laksa joho tu..akk mncari jugk laksa joho yg sedap..
ReplyDeleteSesekali best la beli kat bazar ramadhan kan...mcm SA ari Aahad ari tu
ReplyDelete