Assalamualaikum...
ESOK.. Beberapa negeri akan bercuti sempena Nuzul Al-Quran termasuklah Perak Darul Ridzuan. Johor Darul Takzim tak cuti, sebab Johor ambil cuti Awal Ramadhan. Jadi, sempena Iman dapat cuti esok, Sk pun sejak lebih seminggu lepas dah mohon cuti. Rancangannya nak cari barang ompompuan di Angsana. Konon-konon macam Girls Day Out la gitu, padahal dua beranak aje, hahaha. Pak Inche tak payah ikut sebab dia kalau gi Angsana nanti buat muka bosan 😝
Tiberrrrr... bila Pak Inche tahu Sk ambil cuti, dia pun nak join laaa.. adeiii.. kita ni nak jalan pompuan-pompuan jer kat Angsana tu. Nanti dia mesti nak lekas balik punya sebab dia memang tak suka gi Angsana. Lainlah kalau pergi Midvalley ke.. Aeon ke.. Paradigm ke.. Pasar Ramadhan ke kemahen dia sukaaaa.
Masa makan kat Jaws tu, dia bagitahu pulak, esok tu dia ada Majlis Berbuka dengan JCorp. Jadi, sejak pagi semalam dok memikiolah apa nak masak sebab tinggal dua beranak jer ngan Iman. Rasa nak masak sardin, Iman tak makan lauk sardin. Rasa macam nak masak Spaghetti Bolognese pun ado jugak, lama tak makan. Tetiba, mentol atas kepala menyala.. apa kata gi Angsana, habis kerja balik rumah ambil Iman, lepas tu gi Angsana dan makan kat sana sekali... huishhh.. bergeliga betul otak hamba, boleh buat batu cincin.
ehh dh lama bebienor wak xgi angsana sbb midvalley pon dh dekat dgn umah... 😅
ReplyDeleteSA pernah sekali la pi angsana tu...best la awak Iman makan pizza ye....
ReplyDeleteanak saya dah request pizza ni.
ReplyDeleteWah,ABC sama- sama ek..Nasib baik tak ngap sebelum azan..hihihihi
ReplyDeleteEsokkkk baru nak berbuka di pizza, tengok post Sk ni lagi tak menyabor tunggu esokkk nyaaa hahaha
ReplyDeleteSedapnya buka puasa dengan mushroom soup & garlic bread!
ReplyDeleteDah lama tak makan pizza sejak pkp ni, Spaghetti and Mushroom Soup paling rindu nak makan
ReplyDeleteplastic container
silk screen printing
printing logo
bottle packaging
cosmetic packaging malaysia