13 PUASA MASAK NASI JER

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

PETANG semalam, Sk sampai agak lambat di rumah sebab singgah isi minyak dan singgah kedai. Nampak Iman sedang buka pagar, Dua beranak tu nampak gaya nak pergi ke pasar ramadhan. Sk menolak pelawaan Pak Inche untuk ikut sekali. Sk ni memang jenis yang tak suka pergi pasar kan, tak kisahlah, pasar ikan, pasar malam, pasar ramadhan. Kalau pasar ramadhan tu kadang sampai merajuk-rajuk, sebabnya Sk jenis yang cepat penat berjalan, bawa lemak banyak sangat agaknya. Macam hari tu, berangan nak pergi pasar ramadhan, tapi bila tiba masanya, rasa tenaga dah habis nak berjalan, kahhhh. 

Lepas tu Pak Inche kata, masak nasi dan panaskan lauk ketam, nanti dia beli lauk tambah.


Bertimbun kuih.. sebab Iman ikut, ada kuih akok. Semua dalam pinggan ni wassalam.


Talam Jagung dan Seri Muka.. banyaknya beli kuih talam.. yang ni tak habis makan, masuk peti sejuk.


Tiada satu hari pun buka puasa tak ada karipap baiiii


Pak Inche beli Lauk Siput Sedut dan Kari Ikan. Semalam pun dia beli siput sedut jugak, tapi dengan Sotong Kunyit. Gambar ada tapi malas nak masukkan, hihi.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Iman mcm anak akak..kalau dh p bazar semua nk dirembatnya..baliknya tak makan

    ReplyDelete
  2. ain suka berjalan ke pasar.. tapi semenjak covid ni... sampai ke hari ni belum pergi lagii .hahaha..

    ReplyDelete
  3. rasa macam tahun ni belum berbuka dengan kuih karipap lagi..

    ReplyDelete
  4. Menggoda pulak si nona tu.Akok tu pun.Tako tu pun.Karipap pun.Kari ikan pun.Siout sedut pun..haish,tengok time gini kurus pahala ..hihihi

    ReplyDelete
  5. macam kitorang ni bulan puasa makan sikit aje. kalau masak nasi lebih mudah. boleh bawak ke sahur.

    ReplyDelete
  6. Semalam pun SA bagi duit kat dania masa dia ikut atuk dia pi bazar...memang habis RM50 tuh...nak kata apa..semua dibelinya...nasib habis makan...

    ReplyDelete
  7. Saya punn hampir setiap hari bulan puasa, masak nasi dan beli lauk di luar hehehe. Senang.
    Lepas tu beli kuih, makannya tidak hahah.

    ReplyDelete
  8. eh kita suka seri muka...
    ha tu tu kuih ijo tengah putih tu.. apa nama nya.. tu pun kita suka gak hhehe

    tau makan je, nama kuih mmg kelaut sungguh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!