CERITA MAKAN DI WADI HANA ELARABI (WHE)

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

DAH tengahari... hari ini sibuk menguruskan beberapa perkara tentang kerja. Ya, haruslah tentang kerja, kan.. dah namanya bekerja. Cuma sibuk dengan tak sibuk sangat ajelah, gitu. Biasanya, kalau tak sibuk sangat, bolehlah jenguk-jenguk rumah di sini. Tapi, kalau tengah sibuk, kepala otak pun penat nak menjengah, nak bw apatah lagi update entri baru. 

Alhamdulillah, sempena 1 Ramadhan esok, hari ni ada yang bersedekah makanan kepada kami. Pagi-pagi dah sampai berkotak-kotak cream puff, berbungkus nasi lemak dan ada juga yang bawakan satu bekas besar sapghetti bolognese. Pendek kata, hari ini memang belum keluar duit beli makanan. Sungguh satu penjimatan. Hurmmm.. Cakap pasal makan, mari kita cerita pasal makan lagi. Itulah ole-ole dari Alam Sari Tanah Jauhar ni, asyik cerita pasal makan. Bulan puasa nanti pun memang cerita pasal makan jugak ya. Jangan pulak ada yang kecam, tak hormat orang puasa dan sebagainya, sebab dah memang ini genre blog kita. 

Kali ini, Sk dan family ke Restoran Nasi Arab yang agak femes di JB ni iaitu Wadi Hana Elarabi. Walaupun femes amos, tapi ini pertama kali Sk sampai. Kawan Sk kata, sedap.. tu la nak cuba.. Disebabkan kami cuma bertiga beranak sahaja, Sk langsung tak terfikir perlu untuk membuat tempahan sebab kami biasa walk-in sahaja. Rupa-rupanya, panjang betul list tempahan di Wadi Hana ni. Bagi yang walk-in macam kami, perlu menunggu meja kosong manakala yang telah membuat tempahan, mereka dibenarkan naik terus ke tingkat atas. Restorannya dua tingkat tapi agak kecil kapasiti. Di tingkat bawah, terdapat ruangan untuk duduk berlunjur bersila di kiri dan kanan restoran manakala di tengah ruang ditempatkan dua buah meja yang boleh memuatkan tiga hingga empat orang. Maaf cakap, macam kurang sopan la kedudukan meja macam tu, tapi nasib baiklah semua orang kena masuk berkaki ayam buka kasut. Sk tak tahu bagaimana keadaannya di tingkat atas.

Sejak awal, Pak Inche dah cakap, dia nak makan di meja. Bukan mengada-ngada tapi untuk pengetahuan, Pak Inche mengalami kecederaan lutut semasa bermain bola dulu. Untuk pengetahuan jugak, duluuuu Pak Inche ni bekas pemain bola untuk pasukan Kedah, tapi tak sempat nak glemer la sebab dia dapat tawaran kerja dengan NSTP yang lebih menjamin masa depan, hihi. Jadi, Pak Inche tak boleh duduk bersila, bersimpuh boleh tapi dah remaja purba ni macam susah pulak nak bangun duduk gitu. Jadi, semasa kami menunggu ni, datanglah sepasang suami isteri ni, tak sabar-sabar nak masuk, haha. Padahal, dah nampak kot yang kami ni dah sampai dulu. Terdengar la yang dorang pun request nak makan di meja, masa tu kedua-dua meja di tingkat bawah ni sedang diduduki oleh satu family lebih kurang 7 atau 8 orang gitu.

Tak lama kemudian (macam panjang jer cerita ni ek), salah satu meja bersila tu dah pun kosong. Jadi, disebabkan kami yang sampai dulu, staf WHE ni pun suruh kami masuk. Kami pun cakap, nak duduk di meja, tak boleh bersila. Jadi, yang suami isteri tu pun macam, bersila pun bersila la.. agaknay dah malas nak tunggu. Kami tengok keluarga yang makan kat meja tu pun macam dah nak habis makan.

Lepas tu, datang lagi suami isteri lain dengan anak dia. Dia datang tu, pakai terus masuk jer, bila staf WHE tu tanya, dia terus tunjuk kat meja tu... dan terus duduk sama-sama dengan mereka tadi oi, sembangggggg.... kemahen la dorang menyembang buat macam rumah sendiri sampai staf arab tu dah picit-picit kepala sambil beberapa kali minta kami bersabar. Kami?? Sabar ajelahhhhh.. walaupun ada jugak rasa macam nak terbalikkan aje meja tu. Dorang langsung tak ada sensitiviti ya, terus sembang dengan anak-anak yang duduk meja satu lagi tu, pun sama. Kalau ikut Sk, memang nak cari tempat makan lain aje tapi tengok Pak Inche nak aje tunggu walaupun dah marah giler masa tu dengan perangai depa anak beranak, huhu. 

Baca review, ramai yang kata pizza di WHE ni sedap, Sk order sekeping. Yesssss... memang rasa crust pun dah sedap sangat, inti dia sedap namatey, hehehe. Diselimuti cheese yang mewah. Walaupun begitu, kami cuma makan dua keping sahaja, Pak Inche jamah sikit, lepas tu minta tapau, sebab kenyang makan nasi arab. Yang best pizza dia, walaupun dah sejuk pun masih sedap lagi, dah masuk peti sejuk pun masih sedap. Iman kata, lain kali boleh tapau pizza dia. Hah, memang tapau aje, rasa macam serik jer nak datang makan kat sini, huhu.


Sk pilih Lamb Shank Mandhi Rice. Sedaplahh.. bolehlahhhh.. tapi sos lamb shank tu sejuk selapppp. Terus rasa macam ala ala... 


Kalau tahu, ambil Lamb Mandhi macam Iman punya jer. Yang ni lamb dia bungkus dengan aluminium foil macam kat Saba Putrajaya.


Pak Inche pulak pilih Chicken Mandhi. Sedappp.. Sos Harrah kat WHE ni pedas-pedas sikit, kiranya memang ikut citarasa tekak kita. 

Hurmmm.. tak boleh lupa perangai orang yang duduk kat meja tu laaaa...

Restoran Wadi Hana Elarabi

1-1a, Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat, 81200 Johor Bahru, Johor

Telefon 017 7377352

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah rezeki menjelang ramadan. Bertabahlah kalau dalam situasi macam ni. Manusia perangai bermacam ragam. Mujurlah kita behave. Benar bagai dikata, sedap pizzaa kat situ. Nak pergi jauh lah pulak. Balik johor tak ke sana pulak. huhu..Next time ada rezeki boleh singgah :)

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa..kadang2 hangin tgok orang2 yg x sensitif ni...ikut cara dia je...apapun makanan tu especially pizza nampak really sedap

    ReplyDelete
  3. Pizza tu kalau Firdaus nampak, dia nak makan sorang jew...tak boleh share dengan orang lain. Hantu pizza kan.

    ReplyDelete
  4. Aduh PC rasa nak sangat pizza tu. Sdihkan bila berhadapan dengan sikap orang begitu.

    ReplyDelete
  5. Lamb Shank Mandhi Rice,huaa terus perut berkeroncong ! sabar !! nanti bukak puasa cari hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!