SAHUR 8 PUASA.. MEE REBUS DAGING

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

MEE REBUS nan sebungkus, dibeli dari pasar Ramadhan oleh Pak Inche hari Ahad lepas. Eh, nak selit kisah pagi Ahad tu, masa hidupkan enjin, gedegek.. gedegek bunyinya. Cuba dua kali, masih jugak macam tu. Kemudian, Pak Inche pun keluar nak tengokkan, gedegek.. gedegek.. tak pastilah berapa kali ulang akhirnya enjin hidup dengan sempurna. Sk pun pergi jer la kerja sebab tak bolehlah nak cuti kecemasan ke apa, ada pendaftaran pelajar naik tahap yang di bawah seliaan Sk. 

Tengahari tu Pak Inche call, dia kata nak singgah tengok kereta. Pak Inche cuti rehat hari ahad tapi dia pergi workshop nak check compressor katanya. Tengok kereta memang tak ada apo pun. Enjin boleh hidup (start) macam biasa. Sk bagitahu, hari sabtu tu, Sk ada buat silap sikit, nak alihkan kereta ke depan, hidupkan enjin gitu-gitu dan drive, tak panaskan langsung, huhu. Lain kali kena beringat ya, Sk.. jangan main nak cepat jer, adeh.

Haaa.. panjang pulak ceritanya bacaan untuk anak cucu ni kan.. haha. Jadi, lepas check kereta Sk tak ada apo, Pak Inche pun balik. Sampai rumah, diajaknya pulak Si Iman berjalan. Iman pun laju aje la, lagi bila babahnya umpan nak beli kasut raya. Lepas tu la dorang terus ke pasar ramadhan dan Pak Inche beli mee rebus ni.. tapi tak dimakan. Pagi ni, Sk terfikir, bagus jugak kalau dipanaskan buat sahur Sk.


Mee Rebus Daging.. nak kata sedap sangat tu tidaklah, tapi tidak mengecewakan. Mee banyak, telur sebelah, kuahnya pun sedap dan banyak daging yang dipotong kiub serta seketul dua daging tetel. Iman kata, mula mee tu tak banyak, Pak Inche minta lebihkan cili, lepas tu peniaga tu tambah mee jugak, syukurrrr.. Alhamdulillah.

Tapi, Sk sorang jer makan mee rebus ni, Pak Inche jamah sesudu jer dengan kuning telur dia balun habis, huhu. Untuk Pak Inche, SK buatkan telur separuh masak dan roti kaya. Iman pulak sahur benjo. Macam nilah kami anak beranak, makan apa yang ada jer 😍😍😍 Tapi, tu masa sahur la.. cuba time berbuka... huhu.. faham-faham sajalahhhhh


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ayat bersahur tu bunyi lemah jer....hehehe
    Baca ayat waktu iftar semangat skit....Kambing tu yang buat semangat....hihihi

    ReplyDelete
  2. Bab mee rebus ni, saya akan habiskank kuahnya dulu....mee dll tu tinggal berlonggok dalam mangkuk hihihiii.

    ReplyDelete
  3. Mee rebus kalau dapat kuah yang sedap dan betul2 kuah mee rebus..cukup segala condiment memang sedap la kan...SA selalu dapat x cukup bahan..dan kauh x sedap

    ReplyDelete
  4. Waktu sahur makan apa yang ada je, tapi waktu berbuka, apa je yang tak ada, semua SK makan hahahaha.

    ReplyDelete
  5. sekali sekala ek makan mee rebus daging buat sahur...ok jugak, protein banyak..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!