HAPPY BIRTHDAY, ABANG JAMAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

SABTU lepas, hari ulangtahun kelahiran abang ipar Sk yang ke dot dot dot. Hahaha.. rahsia ke? Saja tak nak bagitau umur. Alaaa.. baca la entri ni sampai habis, nanti dapatlah jawapannya, hehehe. Sehari sebelum tu dah tanya, ada makan-makan ke tak? Tapi macam belum ada keputusan lagi. Tapi, biasalah.. diorang ni, last minute laaaa baru plan. Memang betul pun, tup-tup petang masa Sk balik dari The J Seri Alam tu, Angah call, tanya tempat yang selalu Sk makan kat Kulai tu. Sk jawab la, Lapan Kati. Restoran apa? Chinese Seafood Muslim... tapi tak sedap sangat la, masin selalu, SK jawab, huhu. Memang pun, Pak Inche yang suka sangat makan sana. Lepas tu, Angah minta cadang kalau ada tempat lain, Sk terus sebut Zaituna, hahaha. Lepas tu, Angah kata, Cik Embun pun suggest Zaituna.. hahahah.Tengah drive memang tak boleh nak fikir la. Nampak mulut Iman moncong-moncong sebut sesuatu, tapi tak dapat tangkap apa dia cakap. Rupanya, Iman cadang Senoko, hahahahaha. Apa barang birthday ke dot dot dot makan kat Senoko??? Apalah Iman ni... hahahaha.

Abah, panggilan dari anak-anak termasuk Iman. Sk panggil Abang Jamal aje. Panggilan manja, Abang Jem.. jangan panggil Abang Jamil sudah.. hahaha. Bila Angah baru buat keputusan nak buat makan-makan, Sk terus tanya, dah ada kek, belum? Memang belum laaa, jawapannya. Jadi, dalam pukul 6.15 tu, Sk keluar dengan Iman cari kek dalam taman jer. Dalam taman rumah Sk ni, ada tiga kedai kek tau. Kedai pertama, tengok dalam chiller dari luar kedai, tak nampak kek pun. Pergi kedai kedua, tutup. Itu kedai memang sekejap buka sekejap tutup, huhu. Terus ke kedai ketiga, baru teringat kawasan tu ada pasar malam. Lepas tu, Iman teringat, ada satu kedai kek baru buka dekat kawasan taman depan.. punnnn tak ada kek. Hurmmm.. nak buat baik ni memang banyak halangan. Jangan putus asa. Sebenarnya tahu ada kedai kek SDS di Taman Sri Pulai Perdana II tapi ialah, dah ada yang dalam taman, kan.. rupanya semua tak boleh harap, huhu. Kalau tahu lebih baik dari awal pergi SDS, tak payahlah nak berpusing-pusing, huhu. Itulah, bukan senang nak dapat piala pahala.

Iman kata, masuk jer SDS, dia dah terpersona terpesona dengan kek kuning ni, hehehe. Sk pulak berkenan dengan kek coklat-coklat sebab hiasan atasnya meriah dengan buah. Tapi, kek kuning tu, kek mango, my favourite, hehehe. Setelah berbincang beberapa ketika (poyo), kami setuju untuk ambil kek mango ni. Mula pilih yang medium, lepas tu rasa macam tak cukup aje sebab family Sk ni memang hantu kek besday, hahaha. Tak molah nanti potong nipis-nipis kan, jadi terus ambil yang besar. Harga pun taklah mahal sangat. Lagipun, hari jadi memang wajiblah ada kek kan, baru cukup syarat. Semangat Abang Jem bergambar dengan kek di samping isteri tercinta... erkkkk.. ada ke suami yang tak cintakan isteri???

Tak cukup korum.. hurmm.. sedih.. bilalah PKP ni nak tamat, kan. Bila boleh merentas negeri? Kesian Cikwa yang dah tiga bulan tak balik Johor, dahlah nak pindah, kena uruskan semua sorang-sorang kat sana. Bertabahlah Cikwa. Semoga dipermudahkan semua urusan Cikwa di sana dan kami di sini. Oh, ya.. mujur jugak Cik Embun dapat buat tempahan di Zaituna ni walaupun last minute.  Pelanggan yang datang, luar biasa ramai malam tu. Yang datang pulak anak-beranak, sepupu sepapat semua la, memang kebanyakannya meja disambung-sambung, jaga penjarakan fizikal masing-masing la ya. Yang bestnya, ramai giler yang sambut birthday malam tu. Kita boleh request staf dorang untuk padamkan lampu dan buat surprise tau tapi kami segan pulak nak buat cam tu ditambah lagi bila tengok kemahen ramai yang tunggu kat luar. Dalam kepala Sk ni dok fikir, lepas makan, bawa kek potong kat Senai jer, hahaha. Lepas tu, staf Zaituna punyalah sibuk agaknya sampai minuman yang dipesan tak dihantar ke meja, naik darah Pak Inche teruih, hahaha.

Angah menyerahkan kepada Sk dan Cik Embun buat oderan. Sk pesan Mandhi Lamb dalam dulang untuk empat orang makan sebanyak tiga dulang. Lepas tu nampak dulang pelanggan lain macam meriah aje, terus mintak set yang sama. Setiap set tu ada salad timun macam dalam gambar ni, tortilla dan sos putih tu apatah namanya, hahaha. Setiap set dulang jugak siap bersama satu jug minuman Teh O Ais Lemon yang tak ada rasa lemon, huhu. Kunafa tu order lain, tak tahulah berapa sepiring tu. 

Staf yang ambil pesanan tu datang balik ke meja dan beri cadangan supaya kami campur tiga jenis nasi iaitu Mandhi, Maqlubah dan Zukirjan (camtulah kot bunyinya, haha). Sk setuju jerlah, Sk bukan jenis yang cerewet, tapi Sk tahu la.. agaknya dia takut kalau semua pelanggan ambil mandhi rice, nanti habis pulak mandhi rice tu... agaknya la. Harga kalau satu dulang macam ni RM80 sebab kami ambil semua kambing dan bila campur dengan salad dan tortilla tu RM100 satu dulang. Sup tu dia bagi dua mangkuk jer, sos harrah semangkuk, kalau tak cukup boleh jer mintak lagi tapi dalam suasana hiruk pikuk macam tu, memang makan pun dah tak berapa selera la. Sempit dan bingit sebab terlalu ramai orang dengan latarbelakang irama padang pasir yang agak kuat dipasang tapi dalam masa yang sama happening giler, hahaha. Bagi Sk, tak apolah makan tak kenyang mandi tak basah pun sebab nanti lain kali boleh jer datang lagi tapi tak nak la datang hari minggu. Eh, lain kali tak mo la ambil salad timun dan tortilla tu, makan nasi jer terus, huhu.


Disebabkan makanan sampai lambat dan minuman lagilaaaaaa lambat giler dihantarnya, orang yang ramai tadi, ramai yang dah balik. Tak nampak lagi la ada pelanggan lain menunggu di luar pintu.. kira line clear la nak celebrate birthday tanpa rasa bersalah, hihi. Jadi, lepas kemas meja semua, kami keluarkan kek. Angah pun pasang lilin dan di Zaituna ni kan, kalau kita nak bergambar ke apa, boleh pinjam pedang dia la.. jadi Angah pun pinjam la pedang dorang. Eksyen la bergambar dengan pedang depan kek tapi tak berani la nak cabut pedang dari sarung tu, hahaha. Kami pun pelan-pelan la nyanyi happy birthday untuk Abang Jem, tiba-tiba lampu padam dan ada bunyi semboyan dorang tu.. ingatkan ada lagi pelanggan meja lain sambut birthday, rupa-rupanya staf-staf ni raikan Abang Jem laa.. hahaha. Yang sorang tu, terus keluarkan pedang dari sarung dan suruh Abang Jem potong kek guna pedang tu. Haaa.. harap pedang tu tak pernah digunakan di medan perang la, hahahaha.


Inilah insan yang banyak berjasa kepada family Sk, jaga ibu Sk dalam keadaan susah senang tapi i kadang-kadang musykil jugak, Abang Jem jaga ibu ke ibu jaga Abang Jem, hahaha. Terima kasih Abang Jamal, semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, berbahagia dan sejahtera selalu di samping keluarga dalam meniti usia emas, Amiiinnn ya Robbal Alamiiiinnnn.

Meh tengok semasa sambutan Hari Jadi ke 50








Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. meriahnyaaa.. hehe happy birthday :)

    ReplyDelete
  2. meriah!! lama tak gathering ramai² mcm ni kt luar... dr thn lepas birthday kt umah je

    ReplyDelete
  3. Meriahnyaaa kumpul ramai ramai.
    Happy birthday to abang ipar SK! Semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu :)

    ReplyDelete

  4. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!