ODEN PULAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum...

"JOM buat makan-makan sebelum puasa," cadang Si Pidah pada suatu hari.

Cadangan yang tak mampu ditolak, tapi nak buat apa? Pot luck? 

"Kita buat oden, nak?" Hahahaha... kami pun bukan banyak idea pasal makan-makan ni. Kalau nak buat pot luck pun kemungkinannya, Sk akan beli sarapan yang dijual di mana-mana sepanjang perjalanan ke pejabat. Beli kat kafe Kak Sab pun boley, hahaha.

Lalu, semua pakat setuju, Fidah akan membelikan dahulu bahan oden, lepas tu tong-tong la dari jumlah kami seramai lapan orang termasuk kak bos. Hahaha.. sorry, Kak Bos pun kena join tau. 


Sk bawa Periuk Nasi Elektrik saiz L bagi memastikan operasi oden berjalan lancar. Periuk nasi ni pakai setahun sekali dua jer, hihi. Oh, lupa, ini hadiah cabutan bertuah yang Sk terima masa bertugas di Institut Latihan Perindustrian, Bukit Senyum.. periuk nasi kenangan la ni, haha.


Bahan-bahan oden. Berpek-pek dibeli dan ada berlebih satu pek setengah. Sk sebenarnya agak kurang makan oden ni, bolehlah layan. Tapi kalau Pak Inche lebih suka Yong Taufu.. oden ni dia tak berapa boleh masuk, la.

Ada lempeng kelapa jugak tu, sambil tunggu Oden, sambil makan lempeng, kikiki


Tugas membancuh sup oden ditugaskan kepada Naza. Alaa.. bukan kena masak, cuma masukkan pes oden, pes asam pedas dan pes tomyam ke dalam air setengah periuk. Tunggu mendidih, baru masukkan segala bebola ikan, sosej, udang dan sotong. Masa nak makan tu, kalau suka, bolehlah bentang slice cheese tapi semalam terlupa pulak suruh Fidah beli slice cheese. Semua pes tu guna jenama adabi melazatkan.


Ada pencuci mulut yang ditaja oleh Aida. Puding Karamel dan satu lagi puding... tu Sk belum makan lagi, jadi tak tahu puding apa, hehehe. 

Hari ni ada satu lagi acara, kali ni sempena persaraan bos besar yang tak berapa besar. Tempat Sk ni memang ramai bos. Sk jugak yang jadi kuli sejak dulu, kui kui.


Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Woww.. Sedapnyaaa Oden! Masam masam pedasss gitu... Kena time hujan, lagi mengenyangkannn... Gituhhh...

    ReplyDelete

  2. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  3. tak pernah terfikir nak buat oden dlm periuk nasi mcm ni ! thanks for the idea hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!