KARI IKAN MERAH UNTUK BERBUKA DAN BERSAHUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

HARI Pertama Ramadhan semalam, merupakan cuti umum bagi negeri Johor. Tapi, cuma Sk dan Pak Inche sajalah yang bercuti. Iman ada kelas online macam biasa. Dia kan cuti ikut negeri Perak. Iman kata, negeri Perak ambil cuti semasa Hari  Nuzul Al-Quran pada 29 April bersamaan hari Khamis. Elok sangat tu, sebab esoknya hari lahir Pak Inche, hehehe.

Sempena cuti, Sk ambil kesempatan untuk kemas dan susun atur semula gajet dapur. Penat mengemas, Sk baring sekejap di sofa sampai tertidur. Stress agaknya terlalu banyak barang tak tahu mana nak letak, jadi kita layan mata, hahaha. Pak Inche ajak keluar shopping pun malas, rasa macam letih giler, hahaha... baru hari pertama tu.

Bila Sk tanya Pak Inche, nak masak apa untuk berbuka, dia macam susah nak jawab, lalu Sk cadangkan untuk masak Kari Ikan Merah. Ikan merah ni baru lagi beli di Pasar Tepi Sungai hari tu. Bolehlah nanti dibuat untuk makan sahur sekali.


Sk malas nak marah-marah lagi bila Pak Inche bawa macam-macam makanan dari bazar ramadhan. Kalau ikut, nak aje pulaukan makanan yang dibeli tapi tak sampai hatilah pulak. Lagipun ada makanan kesukaan kita jugak, hahaha. Jadi, dah malam-malam tu, Sk makan jugalah lemang dan rendang daging yang dibeli... makan sampai habis pulak tu.. kahhhhh!

Masa sahur pagi tadi, Sk cuma panaskan sekeping isi ikan merah. Bahagian ekor dah wassalam masa berbuka. Sayur taugeh tu ada sikit lagi, pun Sk panaskan, lepas tu layanlah makan dengan sambal belacan. Telur ke, ikan goreng ke, ikan masin ke, ikan kering ke.. semua tak goreng, bukan dimakan sangat pun nanti.. kita jugak yang akan jadi tong sampahnya nanti..

kwang kwang kwangggg

😍😍😍


Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat menjalani ibadah puasa kali ini

    ReplyDelete
  2. sedapnya. saya suka ikan masak kari.

    ReplyDelete
  3. Tiba - tiba rasa teringin nak makan kari jugak la.Tapi nak rempah giling..Hihihihi,mana nak cari

    ReplyDelete
  4. Nampak mengancam sungguh kari tu..ada sambal belacan dwngan ayam goreng plak...ish

    ReplyDelete
  5. Terhidu aroma kuah kari yang dipanaskan di waktu pagi.... orang yang susah nak bangun sahur pun terus terjaga!

    ReplyDelete
  6. Terbau bau lauk kari ni, favorite pulakk tu hehehe :D

    ReplyDelete
  7. Mak SA masak ikan merah jugak semalam..masak lomak cili api campur kambas tu...just x berapa kick..lauk sedap tapi ikan tu tak kick la..keras kejung isi dia..

    ReplyDelete
  8. dapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!