ASAM PEDAS IKAN PARI MENU BERBUKA PUASA KE 6 DAN SAHUR PAGI INI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

TAK JOHOR katanya, kalau tak pandai masak Asam Pedas. Buat stok Cili Kisar tu sebab teringin nak makan asam pedas la.. dah lama rasanya tak ada aroma asam pedas di dapur. Jadi, hari sabtu tu, pagi-pagi dah siap mengisar cili kering dan bawang. Stail Sk, memang dua bahan ini akan dikisar sekali, mudah nak memasak nanti. Sementara tunggu ikan pari yang direndam lembut, Sk sekeluarga menonton 18 Puasa di Astro First. Kelako giler la ceritanya, bagi SK lebih lawak dari episod-episod puasa Mamat Khalid sebelum-sebelum ni. Kemudian tu, barulah Sk mula memasak sementara Pak Inche keluar memasang semula sarung tayar yang dilanggar sebelum ni.

Sengaja Sk masak awal sikit Sabtu tu, sebab lepas tu plannya nak keluar. Macam selalulah, Sabtu hari meronggeng tiga beranak. Pak Inche tentu-tentu akan ke Pasar Ramadhan nanti, jadi tambahlah lauk sikit-sikit serta beli sedikit kuih. Pak Inche kata, tengoklah.. kalau tak ke param, kita buka kat luar ajelah. Sk macam tak kisah pun, nak buka kat rumah ke, kat luar ke, janji Sk dah siap masak, andai nak buka di rumah, lauk dah ada. Andai nak berbuka di luar, lauk boleh makan untuk bersahur, hihi.


Resepi Asam Pedas Ikan Pari

2 keping ikan pari dipotong kecil-kecil
1 senduk minyak masak
2 senduk cili kisar bersama bawang 
(atau boleh juga guna sukatan secekut cili kering dan sebiji bawang besar dikisar halus)
1/2" lengkuas dipecahkan
1" halia dipecahkan
2 batang serai diketuk
air secukupnya
3 asam keping (asam jawa habis)
2 sudu lada hitam tumbuk kasar
3 - 4 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, serai, halia dan lengkuas sehingga pecah minyak.
2. Tambah air secukupnya.
3. Masukkan ikan pari, biarkan masak mendidih sepuluh minit.
4. Masukkan asam keping dan daun limau purut, biar didih sehingga ikan masak.
5. Masukkan garam secukup rasa, tutup api.

Akhirnya, Asam Pedas Ikan Pari ni jadi juadah berbuka semalam. Jadi, Sabtu berbuka di mana? Nanti Sk cerita.

Syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Warna asam pedas tu menawan qolbu ...
    Masak pagi,makan waktu iftar lagi sedap kan,bila kuah mesra dengan bahan lain.Tapi tu la,nak masak pagi ,ish peliks pula pepagi bau asam pedas kat dapur...hihihihi

    ReplyDelete
  2. Brp kali dh nk masak asam pedas asik tak jd.. mgu lps nk masak ikan asam pedas last jadinya ikan masak kicap.. huhu

    ReplyDelete
  3. Rezeki saya sampai sini. Petang ni ada idea nak masak asam pedas, tapi tak ada ikan pari. guna ikan lain yang ada dalam freezer.

    ReplyDelete
  4. Kita berbuka dgn asam pedas juga semalam SK, asam pedas tetel.

    ReplyDelete
  5. Samalah
    Pn is3 wak pun masak asam pedas ikan pari hari ini

    ReplyDelete
  6. Sedapnya asam pedas..hari tu beli ikan pari tapi bila masa bau hancing...terus buang

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!