Assalamualaikum...
TAK dapat pakai kebaya masa raya nanti pun tak apolah bila Pak Inche mengajak Sk berbuka puasa di Pulai Springs Resort, Jumaat lepas. Apa ketidaknya, dengan hampir 150 hidangan lazat termasuk masakan kampung yang menjadi favourite, dah namanya pulak Bufet Ala Bazar pulak tu.. yang mana boleh dikatakan setiap tahun Sk sekeluarga tak pernah miss bufet puasa di Pulai Springs, bak kata Iman, dari dia sekolah rendah sampai dah habis sekolah menengah, hihi.
Sejak hari pertama puasa, sampai la ni.. memang bila berbuka, mesti nak cari air manis. Kalau di Pulai Springs ni memang femes tau Coconut Shake dia. Bancuhan dari air kelapa muda dan susu sejat penuh krim tu buatkan kita tak berhenti menyedut hingga ke titisan terakhir. Dengan gelas Pak Inche pun Sk sedut sekali, hahahaha.. boring jer muka Pak Inche sebab terpaksa bangun ambil lain, hahaha. Bukan tu saja, masa hari SK pergi ni, ada teh bunga, kopi ais, guava dan teh tarikkkkk bapak kaw punya power dia tarik!
Antara yang menjadi tumpuan Sk, pastinya hidangan barbeque dengan deretan daging lembu, kambing dan ayam yang dibakar secara langsung di hadapan tetamu. Pilihan sos pencicah kegemaran Sk pastinya sos barbeque dan cendawan. Bagi mereka yang sukakan sos sedikit pedas, apa kata anda mencuba cicahan sos lada hitam.
✅Harga :
👉RM 95.00 nett (dewasa)
👉RM 47.50 nett (kanak-kanak 4 hingga 12 tahun)
*Beli 9 dewasa percuma 1 orang dewasa (tidak sah dengan sebarang tawaran atau diskaun)
....................................................................................
✅ Surau disediakan
✅Tempat letak kereta percuma
Untuk tempahan:
📱WhatsApp: 016-733 2918 or 016-733 2919
📲WhatsApp Direct Link: https://wa.link/6yn7p5 /
☎️Telefon: 07-521 2121
🌐Online Enquiry: http://bit.ly/2HKmUb3
.
Lihat promosi di laman web
#ramadan2021 #Ramadan #eidmubarak #buffetjohor #Eid2021
Uish...Kambing..kambing..kambing memang tidak mampu la menolaknya SK oiii....
ReplyDeleteDah alang-alang Pak Inche sebut-sebut tu, ajaklah repeat SK :p
ReplyDeleteHahhaa ok nasib x terliur dagingbsalai.. Kita dh siap masak tuk sahur esk salainya 😅
ReplyDeleteMantap. Puas hati ni.
ReplyDeleteBanyaknya makanan sedap! Berapa hari saya nak cuba semua hidangannya tu!
ReplyDeleteRamainya hidangan.
ReplyDeleteYa allah....sedapnyaaaa...aduyaiii...kenapa la daku tengok time ni
ReplyDelete